web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perhimpunan Khas UMNO Bukan Demi Pertahankan Jawatan Presiden

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2022 3:55PM

Ahmad Zahid (tengah) bersama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua dari kiri) serta pemimpin UMNO lain pada Perhimpunan Agung Khas UMNO hari ini. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMUR - Pelaksanaan Perhimpunan Agung Khas UMNO hari ini bukan wayang untuk mempertahankan jawatan sebagai Presiden parti, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Tegas beliau, dakwaan tersebut tidak benar sama sekali dan hanyalah pemikiran sempit yang hanya berniat mahu menjatuhkan UMNO.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, perhimpunan itu semata-mata mahu meminda perlembagaan parti, sesuai dengan hasrat dan manifestasi suara akar umbi.

“Saya mendengar adanya suara-suara di kalangan kita, kononnya pindaan ini untuk menyelamatkan kedudukan Zahid Hamidi sebagai Presiden. Suka saya tegaskan, ia tidak benar dan saya sama sekali tidak ada langsung niat untuk berbuat demikian.

“Dangkallah jika ada di kalangan kita, termasuk saf kepimpinan tertinggi parti, berpandangan dan berfikiran sempit sedemikian,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Khas UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), di sini hari ini.

Tegurnya sinis, pemimpin tertinggi parti yang tidak sehaluan perlu menyedari bahawa gesaan agar pemilihan parti diadakan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) adalah usul daripada majoriti bahagian UMNO di setiap negeri selepas Mesyuarat Perwakilan masing-masing. 

“Keputusan di peringkat akar umbi, dan seterusnya diangkat ke Perhimpunan Agung dua bulan lalu telah pun dipersetujui dan diluluskan.

“Pindaan ini adalah manifestasi suara akar umbi. Saya yakin saudara saudari sekalian hendak melihat parti kita kukuh dan berpadu. Adat memimpin, apa pun yang datang, bahtera perlu diselamatkan. Walau diri terkorban, namun bahtera jangan dibiarkan karam,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, kestabilan menjadi agenda utama pelaksanaan pindaan perlembagaan UMNO kali ini kerana rakyat sudah tidak selesa terhadap percaturan pemimpin yang sering mencari suaka politik demi kepentingan diri serta kedudukan.

Jelas Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, agenda kestabilan politik yang ditawarkan kepada rakyat tidak membawa sebarang makna sekiranya UMNO sendiri berpecah, berpuak-puak dan berkelompok, hingga akhirnya merugikan parti tersebut.

“Kestabilan amat penting untuk kita pertahankan. Sejarah UMNO telah memperlihatkan bagaimana Perlembagaan dan peraturan parti, sentiasa melalui proses pindaan. Ia dilakukan agar sesuai dengan keadaan semasa, di samping untuk membendung masalah dalaman, yang  boleh menjejaskan kedudukan parti secara keseluruhannya

“Jadikanlah Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), sebagai sempadan dan pengajaran buat negara. Pakatan politik yang baharu muncul ketika itu, hanya indah khabar daripada rupa. Pepat di luar, rencong di dalam, kokok berdegar-degar ekor bergelumang najis. Rakyat ditipu hidup-hidup,” katanya. - Getaran, 15 Mei 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 22 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka