web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hans Isaac, Altimet Tewas, Ketua Cabang Ampang Milik Daing Muhammad Reduan

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2022 5:00PM

Hans dan Altimet gagal menggunakan populariti untuk menawan hati pengundi di kawasan itu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan berani dua personaliti hiburan negara merebut jawatan Ketua Cabang Ampang yang turut menjadi perhatian ahli akar umbi pada Pemilihan PKR 2022 tidak membuahkan hasil diharapkan.

Datuk Hans Isaac dan Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Abdul Rahman, masing-masing gagal menggunakan populariti untuk menawan hati pengundi di kawasan itu.

Jawatan Ketua Cabang Ampang berjaya dimenangi Daing Muhammad Reduan Bachok yang memperoleh 942 undi, Hans (609) manakala Altimet meraih 589 undi.

Setakat jam 4 petang tadi, lima negeri sudah mengumumkan keputusan iaitu Melaka, Selangor, Kelantan, Kedah dan Negeri Sembilan.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berjaya menewaskan pesaingnya, Farhash Wafa Salvador bagi merebut jawatan Ketua Cabang Gombak dengan perbezaan 643 undi.

Melalui keputusan yang dikeluarkan di laman web PKR, Amirudin memperoleh 1,858 undi manakala Farhash yang juga bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim memungut 1,215 undi.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail turut mencipta kejutan apabila menewaskan dua calon lain dengan keputusan 1,407 undi bagi jawatan Ketua Cabang Shah Alam.

Beliau meninggalkan pesaingnya, Dr Yaakob Sapari (1,087 undi) dan Wan Amierrul Ikhwan Mohd Naser (57 undi).

Seramai 1,118,423 ahli PKR layak mengundi pada Pemilihan PKR 2022 yang menyaksikan seramai 11,282 calon merebut pelbagai jawatan di peringkat pusat, cabang dan sayap.

Buat julung kalinya, pemilihan PKR diadakan secara hibrid, iaitu menerusi fizikal dan dalam talian melalui aplikasi ADIL yang diperkenal 28 Februari lalu.

Pengerusi JPP, Dr Zaliha Mustafa sebelum ini memaklumkan, pengundian dalam talian bagi Pemilihan PKR 2022 yang dilaksanakan buat julung kali mendapat sambutan baik, apabila seramai 67,419 ahli parti itu telah mengundi melalui aplikasi ADIL sejak 18 Mei hingga hari ini.

Jelasnya, ia termasuk pengundian secara dalam talian yang diadakan khusus bagi ahli PKR yang berada di luar negara seperti di Singapura, Switzerland, Korea dan Amerika Syarikat. - Getaran, 29 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 bulan yang lalu

Altimet Tawar Bantu Bayar Denda Selangor FC

2

Politik 1 tahun yang lalu

Altimet Ligat Di Lembah Jaya, Aktif Berinteraksi Di Media Sosial

3

Politik 1 tahun yang lalu

Altimet Penat, Mahu Tidur Selepas Semua Selesai 

4

Politik 1 tahun yang lalu

‘Tiada Masalah Untuk Altimet Menang, Dia Jadi Kesukaan Penduduk’ - Ramanan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 57 minit yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah