web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemilihan PKR 2022 Bukti Akar Umbi Tolak Khemah Besar

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2022 1:58PM

Rafizi Ramli, Anwar Ibrahim - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gandingan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli sebagai pemimpin PKR adalah tiket terbaik untuk parti tersebut menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang dijangka dilaksanakan dalam waktu terdekat.

Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, beliau melihat masa depan parti yang positif menerusi pemilihan barisan pemimpin muda pada pertandingan tersebut.

Nik Nazmi Nik Ahmad
Nik Nazmi Nik Ahmad

Nik Nazmi yang secara tidak rasmi memenangi jawatan Naib Presiden PKR menegaskan, pemilihan kali ini memperlihatkan PKR tidak kekurangan bakat, komitmen dan semangat dalam kalangan ahlinya, sekali gus menandakan pembaharuan dan dedikasi terhadap perjuangan reformasi.

“Saya bersyukur kerana keputusan tidak rasmi pemilihan PKR telah menunjukkan saya dipilih sebagai seorang daripada empat Naib Presiden PKR dan mempertahankan jawatan Ketua Cabang Setiawangsa. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Saudara Rafizi Ramli kerana berjaya dipilih sebagai sebagai Timbalan Presiden; Saudara Amirudin Shari, Chang Lih Kang dan Aminuddin Harun yang dipilih dalam barisan Naib Presiden bersama saya. 

“Masa depan parti juga positif. Rafizi berusia 44 tahun, manakala Amirudin, 42; Lih Kang, 41 dan saya sendiri 40. Proses ini boleh menjadi lembaran baharu untuk parti kita, (kerana ia) menandakan pembaharuan dan dedikasi kita terhadap perjuangan reformasi,” katanya, hari ini.

Bagaimanapun Nik Nazmi berkata, ahli PKR tidak boleh melupakan hakikat bahawa peratusan keluar mengundi adalah rendah, sekali gus memberikan petanda bahawa lebih banyak perlu dilakukan untuk mengaktifkan akar umbi parti.

Menurut beliau, parti perlu mencari cara untuk memberdaya dan memperkasa ahli, berbanding sekadar menambah anggota serta ranting baharu.

“Kita perlu memberi tumpuan kepada pembinaan kapasiti untuk lebih ramai kepimpinan wanita - serta memantapkan peranan Sabah dan Sarawak. Keputusan pemilihan PKR kali ini adalah bukti bahawa anggota parti telah menolak strategi "Khemah Besar".

“Anggota telah menghantar isyarat jelas bahawa mereka mengharapkan PKR untuk memperkukuh gabungan Pakatan Harapan sedia ada. Ahli mahu kita menolak kepentingan politik dengan jalan pintas, tolak kerjasama dengan kuasa yang telah berulang kali menolak pembaharuan, keadilan sosial serta semangat berbilang kaum dan mengkhianati mandat rakyat,” katanya.

Lantaran itu, Nik Nazmi berkata, kepimpinan baharu perlu bertindak balas terhadap isyarat yang jelas ini kerana masa untuk pemilihan sudah tamat dan kerja membina negara pula sudah bermula.

“Saya percaya bahawa keinginan kita untuk berkhidmat kepada parti dan rakyat tetap utuh. Sudah tiba masanya untuk kita mengenepikan perbezaan, merapatkan saf, dan mula mendapatkan semula kepercayaan rakyat. Semua harus fokus untuk memenangi PRU-15 dan memulihkan kerosakan yang telah dilakukan oleh dua kerajaan terakhir,” katanya. 

Pada pemilihan bahagian cabang, Nik Nazmi dicabar pengarah dan juga pelakon, Datuk Afdlin Shauki Aksan namun berjaya diketepikan selepas memperoleh 482 undi, manakala Afdlin terpaksa berpuas hati dengan 372 undi.

Selain Nik Nazmi, turut dilihat mempunyai peluang cerah untuk menyandang kerusi Naib Presiden PKR ialah Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shaari dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Sementara itu, aktivis mahasiswa, Adam Adli yang secara tidak rasmi menang jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) merakamkan penghargaan terhadap pesaingnya, Fahmi Zainol.

“Terima kasih Fahmi. Pengalaman yang berharga. Selanjutnya adalah utuhkan kembali kerjasama dan semangat kita sebagai sebuah angkatan,” katanya. - Getaran, 30 Mei 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'