web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'Memang Cantik Adakan PRU-15 Tahun Depan Tapi…'

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2022 9:00AM

Penganalisis politik berpendapat terdapat keperluan untuk PRU-15 dilaksanakan segera disebabkan kerajaan sekarang tiada keabsahan apabila bergantung kepada sokongan Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH). - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) wajar disegerakan bagi mengembalikan kestabilan politik negara, seterusnya rakyat diberi mandat semula untuk memilih kerajaan yang kukuh untuk mentadbir negara.

Penganalisis Politik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Hussain Yusri Zawawi berkata, terdapat keperluan untuk PRU-15 dilaksanakan segera disebabkan kerajaan sekarang tiada keabsahan apabila bergantung kepada sokongan Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

Dr Hussain Yusri Zawawi
Dr Hussain Yusri Zawawi

Menurut beliau, alasan bahawa kerajaan perlu menunggu sehingga fasa peralihan endemik bagi memastikan tiada gelombang COVID-19 yang serius, agak tidak relevan kerana terbukti tidak berlaku peningkatan ketara kes wabak tersebut semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan baru-baru ini.

“Kalau politik kita stabil memang cantik dan lebih baik sekiranya PRU-15 dilaksanakan pada tahun hadapan kerana kita ikut Perlembagaan Persekutuan, namun teliti semula suasana negara ketika ini.

“Dengan tindakan Datuk Zuraida Kamarudin keluar parti dan dilihat kerusi tidak cukup, boleh sebenarnya nak dilaksanakan PRU-15 kerana tiada pilihan. Kalau tak dijaga dan ada masalah dengan kestabilan politik, ia akan memberi kesan kepada negara,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan pelaksanaan PRU-15 dalam masa terdekat disifatkan hanya sebagai ‘desakan politik’ semata-mata.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, negara kini masih berada pada Fasa Peralihan Endemik, belum ke peringkat sehingga dibenarkan aktiviti tanpa kawalan kesihatan, termasuklah ceramah besar-besaran.

Jelasnya, sehingga kini Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) masih dikuatkuasakan dan pelaksanaan PRU-15 dalam masa terdekat hanya desakan ahli politik yang tidak memikirkan soal kesihatan rakyat.

Khairy Jamaluddin berkata demikian bagi mengulas kenyataan dikeluarkan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang konsisten mendesak pelaksanaan PRU-15 dengan alasan mandat rakyat harus dikembalikan.

Antara hujah dikemukakan Asyraf adalah COVID-19 secara rasmi berakhir pada 1 Mei 2022 apabila kerajaan mengumumkan negara memasuki Fasa Peralihan Endemik dan rakyat sudah mencapai imunisasi berkelompok.

Dalam pada itu, Hussain berkata, tindakan UMNO yang mendesak agar PRU-15 dilaksanakan segera secara tidak langsung, membuktikan parti itu mahu mengekalkan kuasa disebabkan keadaan ketika ini ‘tersekat’ kerana mempunyai parti komponen selain daripada Barisan Nasional (BN).

“Tindakan UMNO ini adalah nak cari kestabilan politik kerana gabungan BN tidak mampu buat apa-apa keputusan secara solid disebabkan tiada kuasa majoriti kerusi. Jadi, nak dapatkan kembali perkara itu, perlu adakan PRU untuk kuasai negara semula.

“Memang ada orang kata UMNO gila kuasa, tak sabar namun dari sudut perjalanan politik negara, nak kuasa politik seimbang, keperluan desakan PRU segera kerana sukar untuk buat keputusan kalau tiada majoriti di Parlimen,” katanya.

Ketua Jabatan Hubungan Antarabangsa UniSZA itu, turut tidak menolak kemungkinan berlaku penarikan sokongan kepada kerajaan Keluarga Malaysia bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seperti direalisasikan ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Lantaran itu, Hussain memaklumkan PRU-15 mampu dilihat sebagai antara jalan penyelesaian kepada ketidakstabilan politik negara ketika ini.

“Bagaimanapun, PRU-15 ini bergantung kepada Yang di-Pertuan Agong. Walaupun Perdana Menteri boleh mempersembahkan kepada baginda untuk melaksanakan pilihan raya, ketentuan untuk perkara (PRU-15) itu berlaku adalah atas keputusan Agong.

“Namun, ketika ini untuk cari keseimbangan kuasa, kukuhkan negara dari pelbagai faktor, khususnya ekonomi perlu adakan PRU bagi dapatkan kerajaan kuat dan absah. Sekiranya kerajaan ketika ini masih boleh bawa bincang, tak salah laksana PRU-15 pada tahun 2023,” katanya.

Mengulas lanjut, Hussain berkata, rakyat sebenarnya bersedia untuk menghadapi PRU-15 kerana sudah faham terdapat keperluan untuk melaksanakan perkara itu.

Bagaimanapun, jelasnya, Kementerian Kesihatan (KKM) perlu menyediakan formula terbaik dengan kajian terperinci, bagi memastikan pilihan raya dapat dilaksanakan berdasarkan SOP sudah diteliti sebaiknya agar rakyat terhindar daripada COVID-19.

“Tugas KKM pastikan PRU-15 tidak menjadikan COVID-19 lebih teruk. Bagi negara ketika ini memang sesuai diadakan pilihan raya untuk kestabilan, keutuhan nilai mata wang dan perluasan serta memantapkan lagi ekonomi.

“Kalau dilambatkan dan tak selesai masalah antara pemimpin dan parti dalam kerajaan, negara akan terkesan serta menjadi mangsa. Sebab itu penting ada titik persamaan dalam kerajaan. Sekarang ini perkara itu dah tiada.

“Mereka tidak lagi boleh berpakat, tiada solusi, namun masing-masing bertahan disebabkan kuasa. Jadi, untuk negara dan rakyat, buat pilihan raya. Mungkin ada tidak setuju, namun wujud keperluan ia dilaksanakan dan orang ramai perlu harungi perkara ini,” katanya. – Getaran, 7 Jun 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'