web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Awas Musuh Tersembunyi, Waspada Api Dalam Sekam - Mohamad Hasan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2021 12:40PM

Mohamad Hasan pada sidang media di PWTC, Kuala Lumpur, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kehadiran musuh tersembunyi yang berselindung di sebalik senyuman dan hubungan mesra, bakal menjadi kudis memusnahkan UMNO dalam diam, jika ia tidak dicantas sedari awal.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, musuh yang tersembunyi adalah lumrah di mana-mana, namun itu tidak bermakna ia boleh dibiarkan berleluasa.

Menurut beliau, percaturan bijak perlu disusun bagi memastikan tiada kendala yang akan membuatkan parti ‘tersangkut’ dalam meneruskan perjuangan sekian lama.

“Bagi saya, kita perlu memastikan rumah kita dalam keadaan tersusun dulu, itu maksud saya, jangan nanti selalu sangat tersangkut kaki.

“Kita nak bergerak, nak berlari, nak masuk gear dua, gear tiga, tapi kaki tersangkut, ada sauh yang menyangkut, (ini) susah. Kena pastikan semua rintangan perlu diselesaikan terlebih dahulu, baru boleh melangkah keluar,” katanya pada sidang media, selepas merasmikan persidangan tiga sayap UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan itu berkata, menentang musuh yang zahir dengan nyata jauh lebih mudah berbanding berhadapan secara tersembunyi.

Api dalam sekam tegas beliau, membakar dengan lebih teruk, sakit dan bersifat memusnahkan.

Ditanya apakah kenyataan berkenaan merujuk kepada sebarang parti tertentu, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu secara bersahaja berkata, ia adalah kenyataan secara umum tanpa kaitan kepada mana-mana pihak.

“Ini secara umum. Mana-mana pun ada, dalam pejabat you pun ada. You jangan ingat semua orang suka you.

“Saya tak menuduh sesiapa, tapi kalau ada yang terasa lantak dialah,” katanya sinis.

Berdasarkan sentimen semasa, kenyataan diberi Mohamad seolah dilihat merujuk kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), khususnya selepas mengambil kira beberapa elemen tidak menyenangkan yang timbul sejak kebelakangan ini.

Ini diperkuatkan lagi dengan ucapan perasmian beliau, apabila secara terbuka menyebut mengenai pemimpin serpihan parti Melayu yang baru berusia setahun jagung.

“Usahlah tuan-tuan berbicara tentang perpaduan ummah bersama UMNO, bila tuan-tuan sendiri tidak punya sebarang rekod menyatupadukan bangsa Melayu dan rakyat Malaysia.

“Jangan berbicara tentang perpaduan ummah dengan UMNO, kalau tuan-tuan sendiri berentap dengan mereka yang sebelum ini tuan-tuan peluk dan dakap dengan mesra,” tegasnya.

Dalam perkembangan lain Mohamad secara lantang berkata, jawatan Perdana Menteri adalah milik mutlak UMNO dan Barisan Nasional (BN) dan ia perlu dikembalikan pada kadar segera.

“UMNO tak boleh menjadi anak ayam. Kita mesti menjadi induk dan induk ini akan menyayangi semua anak-anaknya.

“Ini yang saya katakan, bukan orang Melayu saja kita jaga. Kita jaga semua. Sebagai ibu atau induk, (kalau) ada Sembilan anak, semua kita sayang,” katanya.

Perhimpunan Agung UMNO 2020 diadakan selama dua hari, dengan mengikut sepenuhnya norma baharu dan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Berbeza dengan sebelum, 90 peratus persidangan diadakan secara maya berikutan larangan merentas negeri dan daerah yang masih berkuatkuasa. – Getaran, 27 Mac 2020

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Sultan Nazrin Berkenan Rasmi Klinik Kesihatan Kuala Kangsar

4

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi