web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Khabar Angin Mohamed Azmin, Mohd Rashid Keluar BERSATU Fitnah Semata - Rosol

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2022 8:00PM

Datuk Rosol Wahid - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Desas-desus bahawa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon akan ‘angkat kaki’ daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hanyalah fitnah.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Datuk Rosol Wahid berkata, tidak logik kedua-dua pemimpin itu mahu melompat parti ketika ini, seperti dilakukan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin.  

Beliau menyifatkan berita palsu itu sebagai agenda jahat daripada pihak tidak bertanggungjawab yang mahu mewujudkan stigma negatif dan menjatuhkan BERSATU serta Perikatan Nasional (PN).

“Saya tidak dengar Datuk Seri Mohamed Azmin dan Datuk Mohd Rashid mahu melakukan tindakan seperti itu (meninggalkan parti).  

“Mereka hadir ke mesyuarat MPT parti seperti biasa, termasuk perjumpaan terbaharu. Jadi, saya nampak tiada apa-apa berlaku pun.  

“Saya memang menafikannya dan berharap agar tidak ada lagi fitnah membabitkan isu seperti ini ditimbulkan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya kepada Getaran hari ini.  

Terdahulu, Ahli MPT BERSATU, Senator Datuk Razali Idris memaklumkan sudah menghubungi Azmin dan pemimpin itu menafikan tindakan berkenaan, malah beliau sama sekali tidak akan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Pada 26 Mei lalu, Zuraida mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta keluar daripada BERSATU untuk menyertai PBM.

Bagaimanapun, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang memaklumkan beliau terus menyokong kerajaan dan akan berjumpa Perdana Menteri berhubung kedudukannya sebagai Menteri. - Getaran, 13 Jun 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 4 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'