web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sukar Untuk PKR Terima Semula Azmin - Fahmi 

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2022 2:45PM

Azmin Ali - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada sebarang perbincangan dilaksanakan di peringkat tertinggi PKR bagi menerima semula Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. 

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya tidak menerima sebarang maklumat berhubung pertemuan antara Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU itu dan dua wakil PKR.

"Hal ini tidak ada dibincangkan di peringkat pimpinan KEADILAN. 

"Saya tiada maklumat sama ada pertemuan tersebut berlaku mahupun tidak, siapa yang hadir ataupun tidak," katanya ringkas  hari ini. 

Fahmi Fadzil - Gambar fail
Fahmi Fadzil - Gambar fail

Fahmi menegaskan, sukar buat PKR untuk menerima kembali Mohamed Azmin untuk bersama pimpinan dan ahli akar umbi parti. 

"Akar umbi parti dan penyokong parti sukar untuk menerima semula figura kontroversi seperti Azmin," katanya. 

Terdahulu media tempatan melaporkan, Mohamed Azmin dikatakan bertemu dengan dua wakil PKR di sebuah hotel, baru-baru ini. 

Ia didedahkan beberapa pemimpin kanan PKR yang mahu identiti mereka dirahsiakan.

Beberapa sumber memberitahu, pertemuan itu berlangsung Rabu lalu (15 Jun) di Hotel Sheraton di Petaling Jaya.

Bagaimanapun, Mohamed Azmin menerusi kenyataan menegaskan, komitmen beliau masih terhadap Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan. 

Beliau berkata, idealisme dan prinsip perjuangan parti itu adalah jati dirinya.

“Kepemimpinan BERSATU dan anggota akan terus bergerak membangunkan sebuah kerajaan yang bersih, telus, berintegriti dan komited terhadap prinsip tadbir urus yang baik.

“Kami akan terus memperjuangkan keadilan sosial demi kemakmuran bersama seluruh rakyat,” katanya. - Getaran, 18 Jun 2022.




 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'