web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangkaan PRU-15 Seawal September: UMNO Hanya Damba Kuasa Dominan Tadbir Kerajaan

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2022 11:05AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jangkaan UMNO bahawa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan seawal September ini, membuktikan terdapat pimpinannya terlalu rakus terhadap kuasa untuk mentadbir dan menjadi parti dominan dalam kerajaan Persekutuan.

 Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Junaidi Awang Besar berkata, jangkaan terbabit disebabkan kerajaan sekarang tiada keabsahan apabila bergantung kepada sokongan Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

Menurut beliau, pandangan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa PRU-15 mungkin diadakan dalam tempoh dua bulan dari sekarang, turut membuktikan UMNO hanya cenderung untuk meraih kuasa politik secara mutlak disebabkan ketika ini, ia ‘tersekat’ kerana mempunyai parti komponen, selain daripada Barisan Nasional (BN).

“Sebenarnya satu sahaja soal adakan pilihan raya cepat adalah kerana mereka (UMNO) nak kuasa, mahu dominan menjadi kerajaan. Mereka tidak mahu membuat sesuatu dasar dengan ada parti politik yang tidak sependapat dengannya. Jadi, mereka nak mandat cepat dan kukuh.

“Tindakan ini berdasarkan kemenangan di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor di mana mereka menang dua pertiga kerusi. Mereka tak mahu tangguh sehingga tahun depan kerana takut banyak lagi isu atau perkara pelik akan timbul, seperti ketika zaman Datuk Seri Najib Razak (mantan Perdana Menteri) pada PRU-14 lalu.

“Bagaimanapun, untuk kestabilan politik dalam konteks lebih mudah mentadbir tanpa parti komponen selain BN mahupun UMNO. Memerintah ini mereka pembuat keputusan, bila ada parti lain dia punya keputusan bercanggah. Pening juga sebagai Perdana Menteri bila gabungan itu dah biasa 13 penggal memerintah secara mutlak,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Semalam, Asyraf Wajdi menjangkakan, paling awal untuk PRU-15 diadakan adalah sama ada September atau Oktober depan.

Beliau berkata, ia disuarakan berdasarkan keperluan segera untuk mengembalikan mandat kepada rakyat dalam usaha menstabilkan kerajaan.

Menurut beliau, PRU-15 tidak mungkin diadakan pada November atau Disember, memandangkan ketika itu musim tengkujuh yang mungkin menyebabkan rakyat sukar keluar mengundi.

Dr Junaidi Awang Besar
Dr Junaidi Awang Besar

Kata Asyraf, PRU-15 jika diadakan lebih lewat akan menyebabkan rakyat bertambah tertekan akibat kenaikan harga dan pelbagai isu ekonomi, berikutan kerajaan tidak stabil.

Dalam pada itu, Junaidi Awang berkata, PRU-15 wajar dilaksanakan sehingga tamat penggal Parlimen pada 2023, bagi memberi ruang kepada kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menyelesaikan isu peningkatan kos sara hidup serius ketika ini.

Sekiranya pemimpin mahupun ahli politik berfikiran matang dan terbuka, beliau menegaskan perkara terbabit perlu disokong sepenuhnya golongan itu dalam membina semula negara yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Kita perlu beri masa dekat Perdana Menteri sehingga Julai tahun hadapan untuk beliau bukan sahaja menstabilkan semula ekonomi negara, khususnya kenaikan harga barang malah konflik dalam UMNO sendiri beliau perlu bijaksana. Ismail Sabri perlu baik dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan menjaga hubungan juga di dalam partinya.

“Dia tidak boleh membina konflik dengan sesiapa dan berkawan dengan semua tidak kira PKR, PAS mahupun BERSATU (Parti Pribumi Bersatu Malaysia). Kalau dia cari pasal dengan sesiapa, tidak menjaga ‘mulut’, Ismail Sabri habis (boleh jatuh),” katanya.

Bagaimanapun, Junaidi Awang yang juga Pensyarah Geografi Pilihan Raya UKM menegaskan, jangkaan bagi melaksanakan PRU-15 juga bergantung kepada keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), iaitu sekiranya permintaan UMNO menangguhkan pemilihan parti diluluskan.

“Kita kena lihat keputusan ROS terhadap pemilihan UMNO ini sekiranya parti itu kena buat sebelum Disember tahun ini atau boleh menangguhkannya selepas PRU-15 dilaksanakan. Jadi, ada orang kata akan ada pertembungan antara Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ismail Sabri.

“Dalam politik tiada yang mustahil kerana masing-masing ada daya usaha, strategi sendiri mengekalkan pengaruh, dua-dua ada penyokong masing-masing walaupun dikecam kerana kena ingat mereka menang pemilihan UMNO sebelum ini, jadi kita tak boleh pandang rendah kekuatan mereka.

“Politik ini seni, kaedah dan strategi tak semestinya terlalu jujur. Kadang-kadang untuk menyelamatkan keadaan dan diri, ada kaedah bagi menjawab sesuatu persoalan demi menyelesaikan masalah atau konflik terbabit. Semua parti sama, mereka ada kaedah masing-masing,” katanya. - Getaran, 3 Julai 2022.

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

3

Politik 6 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

4

Semasa 7 bulan yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah