web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Asia Times Salah Tafsir Kenyataan Saya – Tok Mat

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2022 10:46PM

Mohamad Hasan - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sekali lagi menegaskan bahawa kenyataan diberikan kepada portal Asia Times dalam satu wawancara beberapa hari lepas telah disalah tafsir, sehingga menimbulkan kekeliruan.

Dalam kenyataan kepada The Vibes hari ini, beliau menjelaskan bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu melalui semua prosedur secara adil dan saksama.

Menurut Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat, jika Ahli Parlimen Pekan itu sememangnya bersalah jika dibuktikan demikian, namun terlebih dahulu beliau perlu dihakimi secara telus dan adil.

“Pay your dues, isn’t it? If we want to pardon, they have to go through the process, he has to go inside first,” katanya, mengulang kembali kenyataan sebenar diberikan kepada portal berkenaan.

Rakaman wawancara dalam bahasa Inggeris itu boleh diikuti di pautan ini untuk konteks yang lebih tepat.

Dalam satu tindakan yang tidak pernah dibuat sebelum ini, wartawan yang mengendalikan wawancara berkenaan, Nick Kochan menyiarkan rakaman penuh temubual bersama Mohamad itu, dan meminta pembaca menilai sendiri kandungan audio tersebut.

Berdasarkan rakaman, jelas terdapat salah faham berhubung temubual berkenaan.

Mohamad dilihat cuba menjelaskan proses pengampunan secara umum, yang memerlukan seseorang individu itu didapati bersalah terlebih dahulu, berbanding menegaskan bahawa Najib perlu dijatuhkan hukuman penjara.

Katanya, proses tersebut tidak boleh disalah guna oleh sesiapa, termasuk Najib dan menegaskan, setiap individu yang diadili di mahkamah perlu melalui proses serupa dan ‘menanggung natijah perbuatan mereka’.

Wartawan terbabit dalam hal ini, mungkin gagal mentafsir maksud sebenar yang dijelaskan Mohamad berhubung proses pengampunan berkenaan. Tanpa penjelasan lanjut, beliau juga mungkin tidak beroleh kefahaman yang jelas mengenai isu tersebut.

Bagaimanapun menurut Kochan, beliau memberikan ruang untuk Mohamad berkongsi pandangannya.

Asia Times awal minggu ini menyiarkan laporan bertajuk ‘Pemimpin No 2 UMNO berpendapat Najib harus dipenjara’.

Mohamad dalam laporan itu dipetik sebagai berkata, akar umbi semua krisis kewangan melibatkan UMNO pada dasarnya berlaku akibat kegagalan Najib selaku presiden parti ketika itu untuk ‘berterus-terang’ mengenai 1MDB.

Beliau juga dipetik sebagai berkata, Najib tidak seharusnya mengharapkan layanan istimewa jika disabitkan bersalah.

“Mahkamah ialah tempat anda boleh membuktikan sama ada anda bersalah atau tidak. Beliau tidak membuktikan demikian. Beliau tak boleh memberi bukti.

“Semua orang harus menanggung akibat daripada perbuatan masing-masing. Tetapi jika kita mahu memberi pengampunan, beliau (Najib) harus melalui semua proses. Beliau perlu menerima hukuman terlebih dahulu,” Mohamad dipetik sebagai berkata.

Beliau kemudian berkata, Najib seperti juga rakyat Malaysia yang lain, berhak diadili secara saksama oleh sistem kehakiman dan perlu melalui semua proses itu untuk membuktikan dia tidak bersalah. – The Vibes, 7 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 10 bulan yang lalu

Dijangkiti Influenza, Tok Mat Cuti Kempen 3 Hari

2

Politik 1 tahun yang lalu

Khairy Sedih Balik Rembau, ‘Undi Saya Untuk Tok Mat’

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Belum Pasti Bergerak Solo Pada PRU-15?

4

Politik 2 tahun yang lalu

Serang Ketika Musuh Lemah, Kini Masa Terbaik PRU-15 - Tok Mat

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Mahkamah Tolak Permohonan Injunksi Sementara Azizi Henti PRK DUN Nenggiri

Semasa 2 jam yang lalu

3 Maut, 4 Parah Traktor Pekerja Ladang Jatuh Gaung

Sukan 21 jam yang lalu

TMJ Bidas MFL Kurangkan Hukuman Ke Atas Selangor FC

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

3.45 Juta Ahli KWSP Pindah RM10.86 Bilion Ke Akaun 3 – MOF

oleh Wartawan The Malaysian Insight