web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Wan Junaidi Beri Bayangan MP Kerajaan Sokong RUU Lompat Parti

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 Jul 2022 9:21PM

Datuk Seri Dr Wan Junaidi memberi bayangan bahawa majoriti Ahli Parlimen kerajaan, khususnya UMNO dan BERSATU menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi memberi bayangan bahawa majoriti Ahli Parlimen kerajaan, khususnya UMNO dan BERSATU menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022.

Beliau berkata, ia jelas dilihat dalam sesi taklimat serta libat urus RUU yang membabitkan Ahli Parlimen kerajaan hari ini, manakala perjumpaan bersama Ahli Parlimen pembangkang akan dilaksanakan esok sebelum peraturan itu dibentang di sidang Dewan Rakyat, Rabu ini.

Menurut beliau, majoriti Ahli Parlimen kerajaan berpuas hati kerana hanya sejumlah kecil soalan dibangkitkan, berikutan RUU berkenaan sudah melalui proses perbincangan terperinci oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang dianggotai Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

“Memang tiada (penentangan dan penolakan terhadap RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022) kerana semua orang menunggu RUU ini.

"Ada tiga, empat persoalan dibangkitkan tadi tetapi kebanyakannya berhubung dengan hal ehwal dalam Dewan Rakyat itu sendiri sebagai contoh, Ahli Parlimen minta diberi tempoh sekurang-kurangnya 10 minit untuk membahaskan RUU ini.

"Jadi, saya akan berbincang dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berhubung perkara ini," katanya menerusi siaran langsung sidang media di bangunan Parlimen, hari ini.

Wan Junaidi berkata Malaysia mengamalkan undang-undang yang lebih liberal dan menyaksikan RUU tersebut tidak akan mengikat Ahli Parlimen dengan pendirian parti dalam menyokong usul tertentu, seperti diamalkan India dan England.

"Jika Ahli Parlimen tidak menyokong pendirian parti atau gabungan parti dalam usul tertentu, ia tak menjadi satu kesalahan. Ini tidak sama seperti di India, apabila keputusan bertentangan dengan kemahuan parti boleh menyebabkan Ahli Parlimen terkeluar parti.

"Kita tidak tetapkan kuasa pada Whip parti untuk tentukan jenis usul yang perlu disokong. RUU kita lebih liberal daripada sudut itu," katanya.

Selain itu, menurut Wan Junaidi, RUU berkenaan turut menggubal undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya Sultan atau Yang di-Pertua Negeri bersetuju untuk melaksanakan RUU terbabit.

"Untuk peringkat DUN, kita pinda Jadual Kelapan. Tapi, penguatkuasaannya di peringkat negeri hanya akan dibuat selepas perbincangan antara Yang di-Pertuan Agong dengan Sultan dan Yang di-Pertua Negeri.

"Dalam RUU ini, ada kerangka undang-undang yang boleh diterima pakai di peringkat negeri jika mereka setuju untuk laksanakannya. Jika setuju hanya perlu gazet dan dibawa ke DUN untuk diluluskan," katanya. - Getaran, 25 Julai 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini