web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Keputusan Dr M Tubuh GTA ‘Kuno’, Langkah Ke Belakang

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2022 2:43PM

Lim Kit Siang - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mewujudkan Gerakan Tanah Air (GTA) yang menghimpunan beberapa parti komponen Melayu dan Islam disifatkan kuno serta langkah ke belakang. 

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, penubuhan gabungan gerakan Melayu itu jelas memusnahkan ‘ciptaan ideanya’, iaitu Wawasan 2020 dan konsep Bangsa Malaysia.

Menurut beliau, tindakan terbabit juga membuktikan bahawa Ahli Parlimen Langkawi yang menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali itu kembali kepada ‘pro-Melayu’.

“Selepas hampir 100 tahun, Mahathir daripada seorang yang pro-Melayu akhirnya kembali kepada pro-Melayu ketika dia mengumumkan satu pergerakan ‘Melayu’ baharu, iaitu GTA untuk melawan UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). 

“Perkara ini adalah langkah dalam arah salah untuk sebuah negara dengan masyarakat majmuk yang akan menyambut ulang tahun ke-65 sebulan dari sekarang,” katanya menerusi hantaran di blog rasminya, hari ini. 

Dalam pada itu, Kit Siang menegaskan, beliau mampu menjadi individu pro Melayu, sekiranya terma itu bermaksud untuk mendedikasi masa dan tenaga bagi membantu masyarakat Melayu maju ke hadapan, terutama dari segi pendidikan serta pendapatan.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu menjelaskan, menjadi pro-Melayu bukan bermakna anti kepada kaum lain.

Bagaimanapun, terdapat mereka yang ingin dilihat sebagai ‘paling Melayu’, lebih daripada identiti Malaysia dan perkara itu membolehkan mereka mempromosi idea ‘Kerajaan Melayu-Islam’. 

“Di Malaysia, di mana lebih daripada 30 peratus populasinya bukan dari kalangan orang-Melayu, perkara ini tidak mungkin.

“Kerajaan Melayu-Islam’ baharu Perikatan Nasional (PN) di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin itu bergantung kepada golongan bukan-Melayu untuk bertahan. 

“Saya menerima definisi pro-Melayu Mahathir sebagai bukan anti kepada bukan Melayu, tetapi ada mereka yang mentakrifkan ia sebagai ‘Pertamanya Melayu’ atau anti-bukan-Melayu,” katanya. 

Justeru, Kit Siang menegaskan, Dr Mahathir membuat ‘pusingan U’ apabila melakukan perkara yang dikritik Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air itu sendiri. 

“Sekiranya kita membentuk pergerakan orang Melayu, sudah tentu orang Melayu tidak akan menyokong kita.

“Saya berasa amat sedih melihat selepas hampir 100 tahun, Mahathir akhirnya kembali kepada pro-Melayu,” katanya. 

Terdahulu, Dr Mahathir menegaskan, GTA adalah sebuah gerakan yang menggabungkan parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan golongan profesional. 

Katanya, gabungan terbabit mengalu-mengalukan penyertaan orang Melayu yang menjadi kaum terbesar di negara ini.

Menurut Dr Mahathir, GTA akan turun bertemu masyarakat untuk menyampaikan pesanan mengenai nasib bangsa Melayu yang hanya ditentukan mereka sendiri. 

Beliau berkata, orang Melayu boleh memilih sama ada mereka mahu kekal terpinggir dengan dipimpin orang Melayu yang terlibat rasuah. - Getaran, 6 Ogos 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad