web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Calon Umur 30 Tahun Ada Daya Tarikan Pikat Hati Pengundi 

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2022 9:05PM

Dr Ismail Sualman berkata hampir 40 peratus golongan muda tidak mahu melihat negara terus dikuasai ahli politik elit atau veteran. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERDANG - Calon yang berumur 30 tahun ke atas dilihat mempunyai peluang yang lebih besar untuk memenangi pilihan raya di Malaysia

Profesor Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Profesor Datuk Dr Ismail Sualman berkata, dapatan tersebut berdasarkan kajian terkini beliau terhadap Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menurut beliau, hampir 40 peratus golongan orang muda tidak mahu melihat negara terus dikuasai ahli politik elit atau veteran.

“Kena timbulkan perasaan muda agar jadi tarikan kepada komuniti tersebut tetapi pada masa sama, mereka perlu mematuhi kriteria pemilihan calon pilihan raya iaitu perwatakan, parti politik, sentimen dan isu, rekod prestasi, manifesto serta hubungan dengan pengundi.

“Mereka mengatakan bahawa calon dewasa itu ada pengalaman, boleh bawa perubahan, boleh menyelami perasaan anak muda. Pemimpin muda dianggap masih lagi mentah menyebabkan ramai yang lebih suka memilih calon berusia 30 tahun ke atas,” katanya.

Dr Ismail Sualman - Gambar oleh Azim Abd Rahman
Dr Ismail Sualman - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Beliau berkata demikian ketika menyertai Forum Bicara Nasional: Senario Politik Semasa Di Malaysia anjuran Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, hari ini.

Selain Ismail, ahli panel lain adalah Penyandang Kursi Penyelidikan Tan Sri Empiang Jabu (TSEJRC) dari Fakulti Ekologi Manusia UPM, Profesor Datuk Dr Jayum Jawan serta Presiden dan Ketua Eksekutif Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose.

Bual bicara itu dipengerusikan Profesor Dr Zaid Ahmad dari Jabatan Pengajian, Kenegaraan dan Ketamadunan UPM.

Mengulas lanjut Ismail berkata, kajiannya juga mendapati, pengaruh parti berasaskan anak muda ketika ini sedang meningkat sebanyak 40 peratus.

“Pengundi muda yang dijangka mencecah jumlah empat juta orang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lebih menggemari pemimpin dan tokoh daripada kalangan mereka.

“Di kawasan bandar, sekiranya ditampilkan calon di kalangan orang muda, mereka boleh menang dengan syarat kena turun padang,” katanya

Dari segi parti politik pula, Ismail memaklumkan, usia tua atau muda tidak dianggap faktor penting dalam pemilihan calon.

Pada masa sama, beliau turut menyarankan agar pendidikan dengan mewujudkan subjek khusus berkisarkan politik dilaksanakan agar pengundi 18 tahun tidak diwayangkan dengan janji manis dan hanya memilih pemimpin demi kepentingan negara serta masyarakat.

“Kebanyakan pengundi muda ini mereka ‘blur’. Ini merupakan waktu terbaik untuk sebarang pendekatan dilakukan dan perlu dijadikan keutamaan oleh kerajaan. Kita tidak mahu anak-anak muda ini diheret parti politik dan menjadi burung kakak tua. Itu menunjukkan tiada kematangan politik berlaku.

“Sudah masanya pengundi baharu dididik dengan budaya politik sebenar agar mereka faham pentingnya memilih pemimpin, dan tidak dipengaruhi gula-gula parti politik. Saya seru anak muda turun mengundi pada pilihan raya akan datang kerana jika tidak, musnah demokrasi negara,” katanya. - Getaran, 11 Ogos 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 13 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad