web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Terkejut UMNO-DAP Jalin Kerjasama Selepas PRU-15

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2022 9:54AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Di sebalik hubungan ‘dingin’ serta kritikan sering tercetus dalam kalangan pemimpin UMNO dan DAP, penganalisis meramalkan bahawa tidak mustahil untuk kedua-dua parti itu menjalin kerjasama selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi membentuk kerajaan.

Menurut Penganalisis Politik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd Muis, kemungkinan itu disebabkan landskap politik negara sudah berubah dan kemunculan pengundi yang lebih kritikal terhadap politik serta kepartian, selain demografi masyarakat masih sama.

“Cuma bagaimana kerjasama itu boleh bermula? Ini mungkin menjadi langkah pertama membuka kunci kepada kemungkinan tersebut. UMNO parti terbesar mewakili orang Melayu. DAP pula parti paling mendapat tempat dalam kalangan pengundi bukan Melayu. Kedua-dua parti mempunyai sejarah, ideologi dan tradisi tersendiri.

“Namun begitu, adakah gabungan kedua-dua parti ini ‘resipi’ ampuh untuk mewujudkan kerajaan stabil seperti mana diharapkan? Paling penting, apakah halangan yang perlu diselesaikan kalau kerjasama itu diwujud? Bagi memahami permasalahan tersebut, beberapa faktor perlu dilihat secara menyeluruh,” katanya menerusi kenyataan diterima Getaran.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menegaskan partinya tidak akan menolak untuk bekerjasama dengan UMNO kerana apa sahaja perkara atau kemungkinan boleh berlaku dalam politik.

Menurut beliau, politik Malaysia mengalami perubahan drastik sejak pilihan raya umum pada tahun 2018, terutama apabila tiada parti tunggal yang dominan.

Bagaimanapun, Loke menegaskan, sekiranya benar wujud kerjasama antara DAP dan UMNO, ia hanya berlaku selepas PRU15.

Susulan kenyataan pemimpin DAP itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengambil sikap neutral apabila tidak menolak atau mengiyakan kerjasama boleh dibentuk parti terbabit bersama DAP selepas pilihan raya umum nanti.

Berbanding nada pihaknya sebelum ini apabila memperkatakan berhubung DAP, bagi isu kemungkinan kerjasama antara kedua-duanya, Ahmad tidak menyerang ‘parti seteru’ itu, malah seolah-olah ‘menghargai’ kenyataan Loke.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian memaklumkan, beliau tidak melihat akan berulang tsunami politik seperti tercetus pada PRU-14.

Mengulas lanjut, Mujibu menegaskan, masalah besar bakal dihadapi UMNO jika mahu menjalin kerjasama itu adalah untuk meyakinkan akar umbi kerana ideologi politik parti terbabit bertentangan dan sering menjadikan  DAP sebagai ‘musuh abadi’.

Tegasnya, DAP pula akan berdepan krisis keyakinan ‘lebih dasyat’ disebabkan bekerjasama dengan UMNO yang dianggapnya ‘parti rasis’ dan mengamalkan rasuah seperti dilaungkan selama ini.

“Alasan kestabilan politik (oleh UMNO) semata-mata, tidak cukup meyakinkan mereka. Kalau bekerjasama, selesakah mereka dengan ideologi politik dan sebaliknya.

“DAP sudah tentu berisiko untuk hilang undi (pengundi) atas pagar terutama dalam kalangan kelompok pengundi progresif dan rasional.

“Kalau ini berlaku, ada kebarangkalian undi itu lari kepada parti lain,” katanya.

Dalam pada itu, Mujibu berkata, penyertaan DAP bersama UMNO sudah pasti mampu mengancam survival MCA dalam Barisan Nasional (BN).

Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM itu menegaskan, perkara terbabit menyaksikan MCA tidak relevan dalam konteks politik orang Cina, memandangkan pengaruh besar dimiliki DAP terhadap komuniti tersebut.

“Sebaliknya, komponen Melayu dalam Pakatan Harapan (PH), terutama PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH) mungkin turut senasib dengan MCA,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, walaupun PKR dan AMANAH adalah gandingan sealiran dengan DAP dari sudut ideologi serta falsafah, kekuatan dua parti tersebut masih belum cukup menandingi UMNO menerusi perspektif pengaruh, mahupun akar umbi.

“Keadaan semasa memperlihatkan UMNO dan BN masih berpeluang menang, walaupun mungkin tidak mendapat majoriti dua pertiga kalau bertanding bersendirian.

“Berbanding DAP, UMNO-BN dilihat tidak begitu terdesak untuk melakukan sebarang kerjasama. Maka lebih bijak untuk melihatnya semula selepas PRU-15.

“Justeru, (persoalan di sebalik kata-kata DAP mengenai kerjasama ini), apakah tindakan DAP dalam hal ini sekadar mahu menguji rakan-rakannya dalam PH dengan menjadikan UMNO sebagai alat?,” katanya. - Getaran, 13 Ogos 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global