web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PAS Boleh Takluk Pahang Pada PRU-15 Jika…

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2022 6:00PM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PAS memberi bayangan mampu menawan Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) seperti mana parti itu berjaya ‘menakluk’ Kelantan, Terengganu dan Kedah sebelum ini.

Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, perkara tersebut tidak mustahil untuk direalisasikan apabila pelancaran jentera parti itu, Himpunan Hijau 3.0 atau Himpunan 20,000 (H20K) yang diadakan baru-baru ini, menerima sambutan tinggi.

“Insya-Allah, selepas H20K penghujung Julai lepas, jentera PAS Pahang kelihatan semakin bertambah aktif yang menyaksikan barisan Pemuda, Muslimat, Ulama dan seluruh lapisan jentera, bekerja keras demi memastikan PAS berjaya merampas Pahang.

“Jadikan (Pahang) negeri keempat selepas Kelantan, Terengganu dan Kedah (ditawan PAS). Parti ini berpotensi menawan Pahang jika kena cara dan kaedah,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Ahmad Fadhli menegaskan, PAS mempunyai peluang cerah bagi mengubah kepimpinan Pahang sekiranya mendapat sokongan sepenuhnya daripada (penyokong) Pakatan Harapan (PH) untuk memberi mandat kepada PAS.

“Hari ini PAS menang sembilan kerusi DUN daripada 42 kerusi DUN Pahang pada PRU 2018. Barisan Nasional (BN) 25 kerusi, manakala PH sembilan kerusi.  

“Dalam PRU akan datang, jika penyokong PH dapat berfikir sejenak betapa pentingnya merubah kepimpinan Pahang, insyaAllah PAS ada peluang menang atau setidak-tidaknya menjadi ‘pemegang syer’ paling besar dalam pembentukan kerajaan negeri berkenaan,” katanya.

Sebagai contoh, beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Dewan Undangan Negeri (DUN) Tawar menyaksikan PAS hanya kalah dengan majoriti tipis, iaitu 587 undi di tangan UMNO, sedangkan undi diperoleh PKR sebanyak 1,973.

“Pengundi PKR dan PH di kerusi ini perlu berfikir sejenak betapa ruginya undi dibazirkan begitu sahaja dengan memberikan kemenangan kepada UMNO serta BN. Jika beramai-ramai pengundi mereka memberikan undi kepada PAS, parti ini boleh memenangi DUN Pulau Tawar.

“Ia berlaku juga di beberapa tempat lain, misalnya DUN Tioman yang menyaksikan calon PAS mendapat undi sebanyak 5,382 dan tewas dengan majoriti 1,280 di tangan calon BN atau UMNO, sedangkan calon PKR di DUN tersebut mendapat 3,029 undi.  

“Alangkah baiknya jika pengundi PH dan PKR pada pilihan raya lepas membuat pertimbangan semula untuk memberi undi kepada PAS pada (pilihan raya) kali ini demi merubah kepimpinan kerajaan Pahang,” katanya. - Getaran, 16 Ogos 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Rampas Peralatan Darjah Kebesaran Palsu Daripada Pengarah Syarikat Telekomunikasi

4

Politik 3 bulan yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 13 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan