web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kalau PH Boleh Tukar, UMNO Juga Mahu Tukar AG, Ketua Hakim

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 Aug 2022 11:43AM

Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengingatkan pemimpin UMNO untuk bersikap realistik dan mengelak dari menjadi individu berfikiran idealistik - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemimpin UMNO perlu bersikap realistik dan mengelak dari menjadi individu berfikiran idealistik.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, ia susulan pelbagai kecaman diterima UMNO selepas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said menggesa Perdana Menteri melantik Peguam Negara dari kalangan mereka sendiri. 

Menurut Mohd Puad, semasa Pakatan Harapan (PH) berkuasa, gabungan itu bertindak menukar semua ketua kampung dan mengganti ahli majlis.

"Pelawat hospital pun kena tukar. Bila DAP berkuasa di Pulau Pinang, semua Pengerusi masjid dan surau kena tukar. Tidak ada siapa mempertikailannya," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Semalam ketika bercakap kepada 3,000 penyokong di taklimat khas sempena pemenjaraan Datuk Seri Najib Razak, Azalina berkata Perdana Menteri memiliki kuasa penuh untuk melantik Peguam Negara pilihannya sendiri, dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Saya tak peduli jika apa yang saya katakan menimbulkan kemarahan tetapi sesiapa sahaja yang menyandang jawatan Perdana Menteri perlu melantik Peguam Negara dari kalangan mereka sendiri,” katanya sambil disambut sorakan peserta.

Beliau kemudian berkongsi pengalaman sebagai Ketua UMNO Bahagian Pengerang, dan melantik barisan pegawai dari kalangan penyokongnya sendiri.

“Mudah sahaja. Saya menjadi ketua bahagian selama 20 tahun dan sudah tentu melantik Setiausaha Bahagian, Ketua Penerangan dari kalangan orang-orang saya.

“Tetapi Ketua Pemuda, Ketua Puteri dan Ketua Wanita serta timbalan mereka dipilih oleh ahli parti. Inilah prinsip demokrasi dalam parti,” kata Azalina. 

Justeru jelas Mohd Puad, apabila Barisan Nasional (BN) menjadi pemerintah, adalah wajar untuk gabungan itu mencari pengganti lain.

"Bila BN berkuasa, memang wajar diganti lain. Mana boleh dikekalkan.

"Maka menukar Ketua Hakim dan Ketua Peguam (AG) yang dipilih oleh lawan bukan kerja hodoh.

"Tetapi, jika mereka kekal, itu memang hodoh. Idealis tidak bertempat," katanya. - Getaran, 28 Ogos 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini