web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cari Jalan Terbaik Atasi Krisis, BNM Harus Bebas Politik

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 Sep 2022 6:28PM

Wong Chen berkata, terdapat keperluan BNM menjadi sebuah entiti bebas dan tidak dipengaruhi oleh parti politik agar mampu melaksanakan dasar monetari yang berhemah.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa memberi jaminan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) akan menjadi sebuah entiti bebas dan tidak dipengaruhi oleh parti politik.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Wong Chen berkata, terdapat keperluan ia dikuatkuasakan agar BNM mampu melaksanakan dasar monetari yang berhemah.

Menurut beliau, kaedah ini dilihat mampu menyelesaikan isu inflasi serta kadar mata wang Ringgit Malaysia (RM) yang semakin merudum, berbanding dolar Amerika Syarikat.

“Kami juga minta kerajaan mengarahkan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) mengurangkan portfolio ekuiti luar negara.

“Pada masa sama, kerajaan perlu membawa pulang wang ini ke Malaysia bagi mempertahankan nilai ringgit,” katanya hari ini.

Cadangan itu jelas beliau, telah dikemukakan ketika bertemu dengan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 13 September lalu untuk berbincang mengenai Belanjawan 2023.

Chen berkata, PKR turut mencadangkan pemberian tunai sebagai satu daripada jalan penyelesaian isu subsidi petrol.

Menurut Ahli Parlimen Subang itu, pihaknya sedar bahawa kapasiti kerajaan sememangnya terhad dalam melaksanakan dasar baharu dan terdapat keperluan menumpukan isu subsidi pada tahun hadapan.

“Kami sedar bahawa sebahagian besar daripada kebanyakan subsidi hilang akibat aktiviti penyalahgunaan dan penyeludupan.

“Kami berpandangan, subsidi petrol bersifat universal semasa adalah tidak mampan serta memberi manfaat berlebihan kepada golongan kaya daripada golongan B40,” katanya.

Atas prinsip itu jelas Chen, PKR mencadangkan kerajaan meneliti penetapan harga secara berperingkat dan juga pemberian tunai sebagai penyelesaian isu subsidi.

Beliau berkata, terdapat keperluan untuk kerajaan mula meneroka sumber hasil lain yang lebih progresif, seperti cukai keuntungan modal ke atas saham dan cukai harta pusaka serta kembali dengan beberapa cadangan terperinci untuk PKR melakukan pertimbangan.

“Kami juga mencadangkan supaya kerajaan mengarahkan PETRONAS untuk merombak dan mengurangkan margin keuntungan tinggi semua vendor syarikat tersebut.

“Dengan melaksanakan dasar vendor lebih berdaya saing, telus dan bertanggungjawab, PKR percaya keuntungan PETRONAS dapat meningkat secara mendadak. Kami berpendapat, peningkatan keuntungannya adalah tersangat penting bagi mengurangkan tahap hutang negara yang tidak lagi mampan,” katanya.

PKR juga jelas beliau, mengingatkan kerajaan agar memperketat segala projek mega, sama ada dibiayai secara langsung atau melalui inisiatif kewangan swasta (PFI).

Jelasnya, kerajaan hanya perlu meneruskan projek yang sedang berjalan atau dianggap perlu.

“Projek itu harus dilakukan secara tender terbuka dan kompetitif dengan harga berpatutan. Paling penting adalah memastikan projek tersebut mampu menjadi pengganda ekonomi yang baik.

“Sudah terlalu lama kos projek mega di Malaysia telah dinaikkan secara korup sehingga menyebabkan projek itu tidak dapat menjana apa-apa pengganda ekonomi,” katanya. - Getaran, 15 September 2022

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 bulan yang lalu

Tekanan Kewangan Atau Penjimatan? Implikasi Pembayaran Bersama Insurans Perubatan

2

Ekonomi 6 bulan yang lalu

Malaysia Merekodkan 11.5 Bilion Transaksi E-Pembayaran Pada 2023

3

Ekonomi 6 bulan yang lalu

BNM Fokus Tingkatkan Kekukuhan Ekosistem Kewangan Islam Tahun Ini

4

Ekonomi 6 bulan yang lalu

BNM Pastikan Pendirian Dasar Monetari Kekal Kondusif Untuk Pertumbuhan Mampan Ekonomi Negara

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 19 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad