web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perkasa Hak Pengundi Luar Kawasan, Benarkan Undi Awal - BERSIH

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 Sep 2022 7:59PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa mempertingkat hak pengundi luar kawasan khususnya dari Sabah dan Sarawak yang telah menetap di negeri lain.

Jurucakap Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) berkata, ia sangat penting bagi memastikan rakyat dapat mengawasi tingkah laku ahli politik dan pegawai kerajaan, selain mengukuhkan tunjang institusi demokrasi negara.

Menurutnya, terdapat keperluan untuk SPR memberikan status pengundi tidak hadir kepada pengundi luar wilayah dan membenarkan mereka menjalani undi awal di pusat pengundian sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“SPR boleh mendirikan ‘Pusat Undi Awal Mega’ di setiap ibu negeri bagi pemilih luar kawasan untuk menjalankan tanggungjawab itu, tiga hari sebelum hari pengundian bagi membolehkan semua kertas undi dihantar kepada pegawai pengurus kawasan untuk dikira.

“Kementerian Kesihatan (KKM) telah menunjukkan bahawa operasi besar-besaran di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dapat dijalankan dengan teratur dan selamat,” katanya, hari ini.

Mengulas lanjut, jurucakap itu berkata, orang ramai khususnya pengundi Sabah dan Sarawak seharusnya dibenarkan mengundi dengan kemudahan maksimum, tetapi melibatkan kos pada kadar minimum.

Menurutnya, perkara itu seharusnya sudah sekian lama dinikmati oleh pengundi dari Sabah dan Sarawak yang ketika ini telah menetap di negeri lain.

“Sekiranya mereka ingin mengundi di PRU atau negeri, mereka perlu mengambil cuti daripada kerja dan belanja lebih RM1,000 untuk perjalanan pulang ke kawasan mereka. Ini juga bermaksud mereka yang tidak mampu membeli tiket kapal terbang atau mengambil cuti akan dinafikan hak mengundi.

“Apabila mereka dinafikan hak untuk mengundi secara tidak langsung, sebenarnya orang Sabah dan Sarawak secara sistematik telah dikesampingkan dalam politik Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak terkejut sekiranya kadar pengundian di Sabah dan Sarawak gagal menghasilkan impak positif seperti di Semenanjung sekiranya PRU dilaksanakan.

“Tidak mengejutkan apabila di sebalik kadar peratusan mengundi kebangsaan agak tinggi antaranya pada tahun 2008 iaitu 76 peratus, 2013 (85 peratus) dan 2018 (82 peratus). Angka paling tinggi direkodkan di Sarawak adalah hanya 73 peratus manakala Sabah pula 80 peratus.

“Tidak munasabah dan tidak dapat dimaafkan apabila kita sebagai negara membiarkan ketidakadilan ini dalam politik dan pilihan raya selama 59 tahun,” katanya.

BERSIH turut menggesa proses pengundian luar negara dipermudahkan dengan menggantikan operasi manual kertas undi pos, iaitu membenarkan pengundi memuat turun dan mencetak kertas undi pos versi PDF.

Jelasnya, ini supaya kertas undi berkenaan boleh diposkan selepas Hari Penamaan dan sempat sampai kepada pegawai pengurus tepat pada masanya.

“Kedua-dua pembaharuan iaitu pengundi luar negara dengan kemudahan undi awal dan mempermudah proses pengundi pos luar negara wajib dilaksanakan sebelum PRU15 demi mengelakkan peratusan turun mengundi rendah sebagaimana yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Mac lepas iaitu hanya 55 peratus.

“Peratusan yang rendah melemahkan keabsahan kerajaan, terutamanya apabila mereka terpaksa mengambil langkah tidak popular tetapi perlu bagi menangani krisis,” katanya. - Getaran, 15 September 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

2

Politik 6 bulan yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Kerajaan Sentiasa Terbuka Terima Pandangan BERSIH - PM

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Daftar Pemilih Tambahan Januari 2024 Dibuka Untuk Semakan - SPR

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'