web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Sentiasa Terbuka Terima Pandangan BERSIH - PM

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2024 4:59PM

Perdana Menteri (tengah) bergambar dengan delegasi BERSIH di pejabatnya hari ini - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Perpaduan sentiasa terbuka untuk menerima sebarang saranan daripada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), khususnya dalam menambah baik proses pilihan raya.

Memberi jaminan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia turut meliputi rekomendasi ke atas reformasi institusi.

Menurut beliau, perkara tersebut ditekankan sewaktu menerima memorandum BERSIH di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

“Hari ini, saya telah menerima Memorandum daripada BERSIH di Putrajaya oleh pimpinan BERSIH yang diketuai oleh Mohammad Faisal Abdul Aziz. 

“Beberapa saranan pihak BERSIH menjadi perhatian saya dan terdapat antara cadangan dalam memorandum tersebut telah pun berada dalam pertimbangan dan tindakan Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Anwar menyatakan demikian menerusi satu perkongsian di Facebook sebentar tadi.

Perdana Menteri pada pertemuan bersama delegasi BERSIH di pejabatnya hari ini - gambar Facebook
Perdana Menteri pada pertemuan bersama delegasi BERSIH di pejabatnya hari ini - gambar Facebook

Jelas Perdana Menteri, dialog serta ruang bertukar pandangan seumpama itu penting bagi memahami aspirasi masyarakat sivil.

Proses ini juga katanya, membantu mendidik orang ramai mengenai cabaran yang dihadapi oleh kerajaan.

“Ia terutamanya dalam isu yang dikemukakan dalam memorandum ini. 

“Pendekatan yang lebih inklusif dalam mendengar sendiri pandangan masyarakat sivil seperti BERSIH diharap dapat meningkatkan lagi sinergi masyarakat sivil dengan kerajaan dalam proses demokrasi negara,” katanya.

Anwar menarik perhatian, beliau pada pertemuan berkenaan turut menekankan kepentingan mengukuhkan pendidikan politik.

“Ini termasuk meningkatkan literasi politik dalam kalangan masyarakat ke arah politik Malaysia yang lebih baik,” katanya. - Getaran, 28 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki