web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRU-15: Agihan Kerusi PN Pahang Di Peringkat Akhir

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2022 9:25AM

PN di Pahang bersiap siaga bagi menghadapi PRU-15 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) Pahang dijangka memuktamadkan pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dalam tempoh terdekat. 

Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, ia kerana rundingan kerusi dalam kalangan parti komponen gabungan itu berada pada peringkat akhir. 

Menurut beliau, perkara itu membuktikan PN di Pahang bersiap siaga bagi menghadapi PRU-15. 

“Ahli Jawatankuasa Induk PN Negeri Pahang sudah bermesyuarat di Temerloh dan ia diikuti dengan Taklimat Persediaan PRU yang melibatkan semua jawatankuasa Badan Perhubungan Kawasan. 

“Rundingan kerusi PRU-15  dalam kalangan parti komponen PN Pahang ketika ini berada pada peringkat akhir dan perbincangan dijangka selesai dalam tempoh terdekat,” katanya menerusi kenyataan. 

Saifuddin berkata, Ketua Badan Perhubungan Kawasan Parlimen (BPKP) sudah dilantik dan menubuhkan jawatankuasa PN di peringkat masing-masing. 

Beliau yang juga Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Pahang memaklumkan, perkara itu dilaksanakan bagi memastikan PN sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi PRU-15. 

“Mesyuarat juga bersetuju melancarkan PN Pahang dan jentera pilihan raya pada 10 Oktober depan.

“Ia akan dilancarkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pimpinan tertinggi gabungan ini,” katanya. 

Semalam, Getaran melaporkan PN Pahang optimis mampu menawan 14 kerusi Parlimen di negeri itu pada PRU-15, berikutan keyakinan rakyat yang semakin goyah terhadap Barisan Nasional (BN).

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Mohd Yazid Mohd Yunus berkata, pihaknya optimis gabungan tersebut mampu memperoleh lebih banyak kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus merampas pentadbiran negeri daripada BN.

Beliau menegaskan, perkara itu tercetus berikutan hukuman penjara yang dikenakan ke atas Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak selepas didapati bersalah menyeleweng dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Jelasnya, sentimen rakyat di negeri itu juga jelas menolak UMNO dan BN, termasuk pengundi di Parlimen Pekan, walaupun kawasan tersebut adalah kubu kuat mantan Perdana Menteri berkenaan. - Getaran, 17 September 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 19 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan