web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


BN Tak Kisah PRU-15 Musim Banjir, Sanggup Redah Berkempen - Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2022 7:00PM

Ahmad Zahid (tengah) bersama Ismail Sabri, Asyraf Wajid serta pemimpin BN lain pada Majlis Pelancaran Jentera BN di sini, hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan Perdana Menteri ‘wajib’ membubarkan Parlimen selepas pembentangan Bajet 2023 pada Oktober ini. 

Beliau mengingatkan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar melaksanakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada tahun ini yang menjadi hasrat dan suara kepimpinan setiap negeri, khususnya daripada ahli akar umbi UMNO dan BN.

Menurut beliau, jentera BN juga sudah bersiap siaga sekiranya PRU-15 diadakan pada November ini, iaitu ketika negara menghadapi musim banjir.

Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi

“Perkataan bubar itu Perdana Menteri dengar dengan jelas. Saya yakin beliau (Ismail Sabri) dapat petunjuk nyata dan jelas. Insyallah, beliau tidak akan tunggu lama lagi.

“Kita tahu 7 Oktober ini pembentangan Belanjawan (Bajet 2023). Buatlah apa patut lepas pembentangan dan yakin ia perlu punya ‘goodies’ yang baik. Ini ertinya keprihatinan Perdana Menteri dan kerajaan terhadap generasi muda pelbagai kaum. 

“Kita tahu ada banjir, namun sanggup rendah banjir untuk berkempen. Masa banjir Pemuda, Wanita, Puteri turun lebih ramai dari parti lain...kita sanggup turun dan kempen masa banjir mahupun hujan lebat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN di Stadium Titiwangsa di sini, hari ini. 

Gelombang biru pada majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional di Stadium Titiwangsa, hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman
Gelombang biru pada majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional di Stadium Titiwangsa, hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO mendedahkan, walaupun perbincangan sudah dilaksanakan bersama Ismail Sabri, tiada tarikh ditetapkan bagi PRU-15. 

“Betul Top 5 beri mandat kepada kita berbincang, kita sudah beberapa kali (berbincang), namun tarikh belum tetapkan lagi…Perdana Menteri jangan bincang atau tunggu lagi kerana di sana penghasut sedang kerja keras.

“Di (pihak) sana adakan fitnah pelbagai. Jangan tunggu budaya kebencian simbah kita. Jangan tunggu bahawa isu ada pada mereka di hebahkan. Jangan tunggu lama nanti diambil orang,” katanya. - Getaran, 17 September 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan