web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Demi Ummah: UMNO Beri Bayangan Kerjasama Dengan PAS Pada PRU-15

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2022 7:00AM

UMNO memberi bayangan parti itu mungkin bekerjasama dengan PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-15. - Gambar Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Biarpun hubungan kedua-duanya sering dianggap ‘tidak menentu’, UMNO memberi bayangan jelas bahawa parti itu mungkin bekerjasama dengan PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-15.

Perkara itu dinyatakan beberapa pemimpin kanan UMNO selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti berkenaan malam tadi.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, parti itu mengekalkan hubungan baik dengan PAS walaupun kedua-duanya sering berbalah antara satu sama lain.

“Setakat ini, kami masih belum berdepan konflik. Kami bukan musuh tradisi untuk memutuskan hubungan dengan mudah,” katanya kepada media.

Menurut sumber parti, kemungkinan kerjasama itu dijalin adalah susulan desakan akar umbi UMNO supaya kedua-dua parti Melayu-Islam terbabit berkolaborasi pada PRU-15.

Ia juga adalah antara perkara disuarakan semasa mesyuarat itu yang berlangsung di ibu pejabat UMNO, Menara Dato’ Onn di sini.

Pada 14 September 2019, UMNO dan PAS menandatangani piagam Muafakat Nasional (MN) semasa Himpunan Perpaduan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Kerjasama itu adalah untuk menyatukan umat Islam di bawah satu pakatan politik.

Bagaimanapun, PAS kemudian secara rasmi menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN) bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) pada Ogos 2020, susulan Langkah Sheraton pada Februari tahun sama.

Sebelum ini, MN menubuhkan pejabat di Menara Dato’ Onn, bertujuan menjadi titik pertemuan antara setiausaha agung kedua-dua parti.

Bagaimanapun, pejabat itu tidak aktif sejak PAS secara rasmi menyertai PN.

Namun, sumber parti memaklumkan pejabat MN mula ‘meriah’ dengan pelbagai aktiviti sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Berkongsi pandangan sama, Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Zahidi Zainul Abidin juga bersetuju bahawa UMNO sedang berusaha berunding dengan PAS ‘kerana ia penting untuk kepentingan ummah’.

“Kami sudah mengadakan rundingan dengan presiden dan jawatankuasa (PAS), supaya kami boleh mendapatkan hasil daripada perbincangan kami dengan mereka,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi kenyataan selepas mesyuarat MKT memaklumkan, pemimpin tertinggi parti mengambil maklum pertemuan antara Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, baru-baru ini – The Vibes, 1 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

2

Politik 1 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

4

Politik 3 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Aktiviti Kumpulan Pengganas: Suri Rumah, Penggangur Antara 8 Suspek Ditahan

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 jam yang lalu

Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis

Sukan 22 jam yang lalu

Azeem Tidak Terkilan Jika Tidak Dapat Beraksi Di Olimpik Paris 2024

Semasa 1 hari yang lalu

Rasuah RM30,000: 2 Pegawai Kanan Agensi Penguatkuasa Dan Isteri Direman