web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Saya Tidak Akan Pernah Berhenti Kritik Kerakusan Ahmad Zahid Walau Dipecat UMNO - Zaharin

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2022 2:04PM

Zaharin Mohd Yasin juga berkata, beliau tidak akan membuat rayuan ke atas keputusan itu, seperti dalam pemecatan pertama dan keduanya sebelum ini - Gambar Facebook Zaharin Mohd Yasin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - “Saya tidak akan pernah berhenti untuk membongkarkan kerakusan politik yang sedang dilakukan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,” kata Datuk Zaharin Mohd Yasin.

Beliau yang merupakan pengkritik kuat Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu dipecat selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan perkara itu berkuat kuasa serta-merta. 

Zaharin berkata, beliau tidak bersedih dengan pemecatan tersebut, sebaliknya ia dianggap sebagai penaik semangat untuk terus mengajak rakyat berbilang kaum menolak BN dan UMNO di bawah pimpinan Ahmad Zahid.

"Dari segi bidang kuasa MKT UMNO, perkataan pecat tidak tepat kerana saya tidak menerima sebarang tunjuk sebab atau dihadapkan ke Lembaga Disiplin.

"Malah, UMNO Bahagian saya di Parlimen Bandar Tun Razak tidak pernah membuat keputusan dan cadangan aduan rasmi ke  Pejabat Setiausaha Agung untuk saya diambil tindakan disiplin," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini. 

Semalam, MKT UMNO memutuskan pemecatan Zaharin daripada parti berkuat kuasa serta-merta, mengikut Fasal 10.6 yang dibaca bersama Fasal 5.9.

Tindakan itu yang diumumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan, diambil selepas ketua UMNO cawangan itu didapati melanggar Etika Ahli UMNO di bawah Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO.

Mengulas lanjut, Zaharin yang juga mantan Setiausaha UMNO Bahagian Bandar Tun Razak itu berpandangan, pemecatannya lebih kepada tindakan peribadi Ahmad Zahid dan penyokong Ahli Parlimen Bagan Datuk itu yang dianggapnya sebagai keputusan 'mi segera'.

Lantaran itu beliau menegaskan, mulut dan tangannya tidak akan terhenti mengkritik kemungkaran politik semata-mata hanya disebabkan telah tersingkir sebagai Ahli UMNO.

"Apakah tujuan (pecat)? Hendak menutup mulut dan mematikan tangan saya dari menulis kemungkaran politik oleh Presiden (Ahmad Zahid) yang menyamun dan merompak, di samping menerima rasuah jutaan ringgit untuk kepentingan peribadinya. 

"Jawabnya tidak. Mulut dan tangan saya tidak akan terhenti kerana tersingkir sebagai Ahli UMNO. Malah menaikan semangat saya untuk terus mengajak rakyat Malaysia berbilang kaum menolak BN serta parti itu di bawah kepemimpinan seorang perompak, penyamun serta pencuri wang rakyat," katanya. 

Zaharin juga berkata, beliau tidak akan membuat rayuan ke atas keputusan itu, seperti dalam pemecatan pertama dan keduanya sebelum ini.

"Begitu juga kali ketiga ini. Saya tidak akan merayu sebaliknya saya berterima kasih kepada Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO kerana menyingkirkan saya. Memberikan kemerdekaan menulis dan memberi pandapat,” tegasnya.

Jelas Zaharin, beliau telah sedar UMNO yang selama ini dipertahankan merupakan parti yang memperkasakan sistem kapitalis (pemodal) dan dikuasai sepenuhnya oleh elit politik serta bangsawan.

"Setelah 52 tahun menyokong UMNO sebagai orang ditanam perkaderan kiri.  Kini saya tidak menjadi ahli parti itu. Maka, saya tidak lagi berminat berjuang atas landasan kanan. 

"Maka pilihan saya dalam mencari wadah perjuangan di masa depan jika mahu menyumbang perjuangan rakyat terbanyak akan memilih parti yang berwadah kiri," katanya. 

Zaharin pernah dipecat daripada UMNO pada 1996 ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pemangku Presiden parti dan diterima semula pada 1998. Pemecatan kedua berlaku pada 2006 ketika UMNO diterajui Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum diterima semula pada 2009. - Getaran, 1 Oktober 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global