web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Ahli MKT UMNO Tuntut PRU Diadakan Segera – PM

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2022 2:49PM

Ismail Sabri Yaakob sekali lagi meminta orang ramai ‘menunggu’ tarikh sebenar PRU-15 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada mana-mana ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang menghadiri mesyuarat malam tadi, meletakkan sebarang syarat supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan segera.

Katanya, MKT meminta supaya penentuan tarikh pilihan raya yang bakal diadakan tidak lama lagi itu, dibuat secara konsensus antara pemimpin tertinggi UMNO.

Mengulangi kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan semalam bahawa PRU-15 perlu diadakan tidak lama lagi atau sebaik-baiknya tahun ini, Ismail Sabri sekali lagi meminta orang ramai ‘menunggu’ tarikh sebenarnya.

“Dalam UMNO, kita ada lima (pemimpin) teratas dan Biro Politik, jadi malam tadi tiada siapa meletakkan sebarang syarat (pilihan raya diadakan).

“Jika kita mempunyai asas yang baik untuk mempercepatkan pilihan raya dan keputusan dicapai melalui konsensus, kita akan melakukannya. Tetapi anda hanya perlu menunggu pengumuman tarikh tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Perhimpunan Khas Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE di sini, hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada kerajaan akan memberikan maklumat lanjut mengenai siasatan terhadap mantan peguam negara, Tan Sri Tommy Thomas, beliau menjawab ‘Insya-Allah’.

Lewat malam tadi, selepas selesai mengadakan perjumpaan dalam kalangan Top 5 parti itu, Ahmad berkata, Perdana Menteri akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran Parlimen kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, keputusan mesyuarat itu adalah berasaskan pendirian konsisten UMNO sejak dari awal untuk memulangkan mandat rakyat yang tertangguh akibat pandemik COVID-19, selepas tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana persengketan dalaman politik sesama mereka.

Ahmad berkata, mesyuarat itu juga menyambut baik keputusan Kabinet yang mengarahkan siasatan lanjut dan tindakan perundangan segera dilaksanakan agensi penguat kuasa berkaitan bagi menyiasat salah laku mantan Peguam Negara, Tommy Thomas.

Menurutnya, mesyuarat juga menggesa agar Laporan Pasukan Petugas Khas Siasatan Ke Atas Buku Tommy Thomas bertajuk ‘My Story: Justice In the Wilderness’ untuk segera didedahkan kepada umum.

Semalam, Ismail Sabri mengarahkan Pasukan Petugas Khas yang menyiasat buku bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’ tulisan mantan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, segera melakukan siasatan lanjut bagi mengenalpasti kemungkinan berlaku salah laku dalam penerbitan bahan bacaan tersebut.

Arahan itu dikeluarkan beliau susulan pembentangan hasil siasatan buku berkenaan pada Mesyuarat Jemaah Menteri semalam.

Menurut beliau, laporan tersebut disediakan pasukan itu dalam tempoh sembilan bulan, bermula Disember 2021 hingga Ogos 2022, dengan memperincikan setiap dakwaan disebut mantan Peguam Negara terbabit.

Bulan lalu, Wan Junaidi mendedahkan bahawa pasukan petugas khas mengenal pasti 19 isu utama dan laporan itu akan dibentangkan kepada Kabinet dalam masa terdekat untuk arahan lanjut mengenai tindakan susulan. – The Vibes, 1 Oktober 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka