web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tolak Agenda Perpaduan Ummah PAS Perbuatan Melampau - Hadi Awang

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 Oct 2022 3:37PM

Abdul Hadi Awang berkata, pihak yang cuba menolak usaha penyatuan itu seolah-olah menentang usaha perdamaian dan akan dikeluarkan daripada pakatan perpaduan ummah - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Agenda perpaduan ummah yang diterajui PAS perlu melibatkan parti Melayu Islam termasuk UMNO dan BERSATU serta pembabitan parti bukan ekstrem, seperti dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW dalam menyatukan umat Islam. 

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pihak yang cuba menolak usaha penyatuan itu seolah-olah menentang usaha perdamaian dan akan dikeluarkan daripada pakatan perpaduan ummah.

"Adapun kumpulan Islam itu tidak hanya PAS dan UMNO sahaja tanpa BERSATU dan lain-lain. Begitulah juga tidak hanya PAS dan BERSATU sahaja tanpa UMNO serta yang lain. 

"Kalau hanya PAS dan UMNO sahaja atau PAS dan BERSATU sahaja, maka tidak memenuhi ciri-ciri perpaduan umat, dan hanya bertujuan politik yang terbatas dan tidak sempurna. 

"Jika tanpa golongan bukan Islam yang tidak ekstrem pula, maka tidak terlaksana mesej Islam yang adil kepada seluruh manusia," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini. 

Menurut beliau, sebarang perselisihan serta pertelingkahan harus diselesaikan berlandaskan kepada Al-Quran dan mengikut contoh yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.

Katanya, Islam juga melarang kepimpinan umat Islam terikat hanya kepada satu kaum sahaja seperti yang telah diamalkan oleh bangsa Arab. 

"Pada masa awal Islam, merekalah bangsa yang mendominasi umat Islam. Apabila mereka lemah dan kecil jumlahnya, maka kepimpinan Islam diambil alih oleh kaum lain seperti Kurdi dan Turki.

"Maka, dalam politik Malaysia masa kini, penganut Islam majoritinya berbangsa Melayu dan Bumiputera, maka mereka berhak memimpin negara beraqidah Islamiah. Selain itu, mereka juga berkewajipan bersatu dengan tali Allah yang pernah menyatukan bangsa Arab. 

"Allah ada berfirman bentuk penyelesaian dalam keadaan perpecahan yang paling tegang sehingga boleh mencetuskan peperangan, maka perdamaian itu wajib diutamakan bagi mendapat rahmat-Nya,"katanya. 

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, PAS wajib mengambil teladan daripada Sunnah Nabawiyyah dalam sirahnya dengan menjadikan agenda perpaduan umat Islam dan mesejnya kepada seluruh umat manusia bermasyarakat majmuk sebagai keutamaan.

Menurut beliau, langkah itu bermula dengan perpaduan umat Islam yang memimpin dengan mengumpulkan semua kumpulan penganut agama terbabit daripada pelbagai jemaah atau parti.

Ia kemudiannya jelas Abdul Hadi, disertai oleh kumpulan bukan Islam yang tidak ekstrem dalam konteks masyarakat majmuk. 

“Aqidah Islam yang berbeza dengan ideologi, perlu dirujuk kepada huraian al-Quran dan Sunnah Nabawiyyah yang mentafsirkannya. Kedua-dua sumber tersebut merupakan rujukan tertinggi dalam Undang-undang Tubuh atau Perlembagaan PAS," katanya. - Getaran, 1 Oktober 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global