web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Kalau Nak Gantung, Gantung Bagi Mati’ - Tajuddin

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2022 1:59PM

Tajuddin menyifatkan penggantungannya selama enam tahun daripada UMNO ‘bukan gantung mati’. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menganggap penggantungannya daripada UMNO tidak menimbulkan sebarang masalah kerana beliau masih ahli parti itu.

Beliau turut menyifatkan penggantungannya selama enam tahun daripada UMNO ‘bukan gantung mati’.

“Tak ada masalah kita masih UMNO, no problem (tiada masalah), itu bukan gantung mati, apa ada masalah.

“Kalau nak gantung, gantung bagi mati dia ok. Kalau tak mati takut nanti dia hidup balik,” katanya.

Beliau berkata demikian secara berseloroh ketika berbahas pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Tajuddin yang juga mantan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO digantung sebagai ahli parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Penggantungan terbabit dipercayai susulan kritikannya terhadap Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Keputusan penggantungan itu dikatakan dicapai semasa Mesyuarat MKT Jumaat lalu, tetapi tidak disenaraikan secara rasmi dalam kenyataan dikeluarkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan sejurus selesai perjumpaan berkenaan.

Terdahulu, Tajuddin dipecat sebagai Ahli MKT pada Jun lalu kerana mengkritik parti itu dan tempatnya digantikan mantan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil.

Selepas dipecat daripada MKT, Tajuddin mengadakan sidang akhbar, menyatakan beliau adalah ‘saksi hidup’ kepada akuan berkanun (SD) ditandatangani tahun lepas bagi menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Beliau juga mendedahkan bahawa beberapa pemimpin tertinggi dalam parti, termasuk Ahmad Zahid dan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menandatangani perjanjian itu.

Dalam sidang media sama, Tajuddin mendakwa wujud gerakan dalaman untuk menjatuhkan Ahmad Zahid sebagai ‘bos besar’ UMNO dan pergerakan itu diketuai pemimpin nombor dua parti terbabit, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Tajuddin yang menjadi Ahli Parlimen Pasir Salak bagi tiga penggal dilapor berkata, beliau bersedia mempertahankan kerusinya sebagai calon bebas, jika dipecat daripada UMNO. - Getaran, 3 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Filem & TV 4 bulan yang lalu

‘Penggantungan Awesome TV Tidak Beretika, Salahi Undang-Undang’ - Adam 

3

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

4

Politik 6 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah