web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


‘Saya Akan Sekolahkan Kamu, Harap Guan Eng Tak Kecut’ - Saravanan

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2022 7:11PM

Saravanan berkata sudah berulang kali menjelaskan KSM menyediakan penyelesaian sebaik mungkin dalam pemprosesan pekerja asing. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan menafikan dakwaan Lim Guan Eng mengenai lonjakan mendadak dalam kelulusan pengambilan buruh asing, dengan mengatakan beliau akan menyekolahkan pengerusi DAP itu mengenai isu berkenaan apabila mereka bertemu di Putrajaya, Rabu ini.

Semalam, Guan Eng berkata, Kementerian Sumber Manusia (KSM) membuat “pengumuman mengejut” apabila meluluskan setengah juta buruh asing bekerja di Malaysia, tetapi Saravanan menegaskan pihaknya konsisten dengan angka tersebut.

Sebagai respons kepada Guan Eng, Saravanan memberitahu The Vibes bahawa beliau berulang kali menjelaskan KSM menyediakan penyelesaian sebaik mungkin dalam pemprosesan pekerja asing, dan angka kelulusan itu tidak meningkat dalam tempoh singkat.

“Angka (pekerja) mengikut keperluan semasa, tetapi Guan Eng sama ada tidak faham atau buat-buat salah faham.

“Beliau melemparkan pelbagai fitnah, sebab itu saya menjemputnya untuk datang ke KSM (pejabat) untuk melihat sendiri kelulusan dalam sistem kita.

“Saya harap pada 5 Oktober ini, beliau (Guan Eng) tidak ‘kecut’ dan memberikan alasan. Biar beliau lihat (fakta), kerana saya tidak henti-henti kata beliau tidak faham proses membawa masuk pekerja asing,” katanya ketika ditemui di Parlimen, petang tadi.

Saravanan juga berkata, proses membawa masuk pekerja asing bukan sahaja bergantung kepada KSM, kerana terdapat faktor lain yang terlibat.

“Jika ada mana-mana majikan yang mengadu, dia mesti memberitahu saya tentang aduan itu. Adakah kerana mereka tidak mempunyai permit atau penerbangan?

“Terdapat pelbagai isu, tetapi beliau (Guan Eng) tidak boleh begitu sahaja mengatakan kementerian gagal,” katanya.

Pada Sabtu lalu, KSM meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja asing sehingga 26 September lalu, dengan 436,613 daripadanya telah membuat bayaran levi.

KSM menerusi kenyataan sama turut memaklumkan negara kini mempunyai 1.3 juta pekerja asing manakala permintaan industri adalah sekitar 1.8 juta.

Dalam kenyataan terbarunya kepada Saravanan, Guan Eng memetik kenyataan Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM) yang menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk campur tangan dalam isu kekurangan pekerja asing di negara ini.

Bagaimanapun, Saravanan berkata, beliau dijadual mengadakan pertemuan dengan persatuan terbabit petang ini untuk mendapatkan penjelasan mengenai pendirian mereka berhubung perkara itu.

“Ada persatuan yang mungkin tidak memahami situasi di lapangan. Majikan mungkin mengatakan mereka tidak mempunyai pekerja yang mencukupi, tetapi tidak mempunyai dokumen yang sesuai. Jadi bagaimana kita boleh meluluskan pekerja asing untuk mereka?

“Jika pihak kedutaan hanya boleh meluluskan 100 pekerja sehari, saya tidak mempunyai hak prerogatif untuk meningkatkan kapasiti itu kepada 1,000. Jika hanya ada 13 penerbangan seminggu (dari negara sumber ke Malaysia), saya tidak boleh menambah kekerapan kerana ia bukan bidang kuasa saya.”

“Sama seperti peranan Kementerian Kewangan (sebelum ini), Guan Eng tidak memahami proses membawa masuk pekerja asing,” katanya.

Awal minggu lalu, Guan Eng menerusi satu kenyataan di Facebook mengingatkan Saravanan mengenai cabaran peletakan jawatan antara kedua-dua mereka dengan memaklumkan, beliau sudah menunggu 10 hari untuk mendapatkan maklum balas daripada orang nombor satu kementerian terbabit.

Peringatan itu dibuat selepas Guan Eng menerima cabaran Saravanan untuk membuktikan adakah kementeriannya melakukan sebarang kelemahan dalam menangani kekurangan pekerja yang teruk pada 15 September.

Dalam kenyataan itu, Guan Eng mengecam Saravanan kerana tidak cekap dan gagal menjawab atau menyatakan kadar kejayaannya sebanyak 12 peratus yang ‘menyedihkan’ dalam mendapatkan pekerja asing bagi memasuki Malaysia.

Selepas itu, Saravanan menetapkan 5 Oktober sebagai tarikh untuk Guan Eng hadir bertemu dengannya dan menunjukkan bukti bahawa beliau gagal menangani masalah kekurangan buruh asing di negara ini.

Katanya, jemputan sama diberikan kepada Ahli Parlimen Beruas (DAP) Ngeh Koo Ham yang menjadi pengkritik tegar kementerian itu. - The Vibes, 3 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 7 bulan yang lalu

'YB Kepala Batas, Kamu Ada 48 Jam Untuk Kemukakan Bukti' - Guan Eng

2

Politik 9 bulan yang lalu

Rakyat Perlu Bersatu, Tolak Eksploitasi Perkauman, Ekstremisme - Guan Eng

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Kertas Siasatan Hadi Awang, Guan Eng Diserah Ke AGC Semalam - KPN

4

Politik 11 bulan yang lalu

Pulau Pinang Tak Goyah, Kekal Teguh Di Belakang PM - Guan Eng

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Sukan 10 jam yang lalu

Altimet Tawar Bantu Bayar Denda Selangor FC

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki ‘Kantoi’ Curang Mengaku Tak Bersalah Belasah Isteri

Semasa 5 jam yang lalu

Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis