web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Undang-Undang Lompat Parti Kuat Kuasa Esok - Wan Junaidi

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2022 4:54PM

Wan Junaidi Tuanku Jaafar - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 berkaitan Larangan Ahli Parlimen bertukar parti berkuat kuasa esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ia sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 31 Ogos lalu dan diwartakan sebagai Akta A1663 pada 6 September.

“Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga perkenan tarikh kuat kuasa Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 pada 5 Oktober 2022, selaras dengan seksyen 1(2) dan seksyen 1(3) Akta A1663.

“Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 [Akta A1663] ini diluluskan dengan sokongan majoriti dua pertiga (2/3) di Dewan Rakyat pada 28 Julai 2022 dengan sokongan seramai 209 orang dan di Dewan Negara pada 9 Ogos 2022, dengan sokongan majoriti seramai 52 orang Senator,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Wan Junaidi berkata, dengan penetapan tarikh baharu kuat kuasa bagi akta itu, maka pindaan seksyen 7A Jadual Kelapan, Fasal 6 Perkara 48, Perkara 160 dan Fasal baharu 3A Perkara 10 serta Perkara baharu 49A, dapat dikuatkuasakan dengan segera.

“Ini seterusnya membenarkan pemakaian Akta A1663 ini di peringkat negeri, tertakluk perkenan Sultan/Tuan Yang Terutama/Raja Negeri berkenaan,” katanya.

Pada 28 Julai lalu, pindaan akta bagi mewujudkan peruntukan larangan Ahli Parlimen bertukar parti itu, diluluskan dengan mendapat sokongan lebih dua pertiga ahli Dewan Rakyat.

Ia kemudian diluluskan di Dewan Negara pada 9 Ogos lalu apabila memperoleh sokongan 52 daripada 60 senator selepas dua kali undi belah bahagian dilakukan, iaitu lebih dua pertiga persetujuan Ahli Dewan Negara. - Getaran, 4 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

‘Kerajaan Sentiasa Terbuka Untuk Bincang Pinda Akta Lompat Parti’ - PM

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Tun Dr Wan Junaidi Angkat Sumpah Sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak Kelapan

3

Semasa 8 bulan yang lalu

TPM Fadillah Ucap Tahniah Pelantikan Wan Junaidi Sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Wan Junaidi Dilantik Yang Dipertua Negeri Sarawak Baharu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad