web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Agong, PM Bincang Mesyuarat Pra-Kabinet - Istana Negara

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2022 7:26PM

Yang di-Pertuan Agong bersama Ismail Sabri berbincang di Istana Negara hari ini. - Gambar dari Facebook Istana Negara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Istana Negara memberi bayangan pertemuan antara Yang di-Pertuan Agong dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob petang tadi tidak membincangkan agenda pembubaran Parlimen.

Ini berikutan satu hantaran di Facebook rasmi Istana Negara memaklumkan kedua-duanya bertemu untuk membincangkan mesyuarat Pra-Kabinet.

“Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Perdana Menteri untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara, hari ini.

“Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka Baginda untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu berkaitan kerajaan,” katanya.

Terdahulu, Ismail Sabri menghadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada jam 3.50 petang.

Pertemuan itu berlangsung selama sejam dan kenderaan Toyota Alphard putih yang membawa Perdana Menteri dilihat keluar dari pintu utama Istana Negara kira-kira jam 4.45 petang tadi.

Semasa meninjau persiapan Bajet 2023 di Putrajaya pagi tadi, Ismail Sabri berkata, ‘agenda tambahan’ termasuk berkaitan pembubaran Parlimen mungkin dibincangkan pada majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini jika berkesempatan.

Menurut beliau, kebiasaannya pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong dilakukan setiap minggu, sehari sebelum mesyuarat Kabinet bagi membincangkan perihal berkaitan Kabinet.

Katanya, perbincangan itu mungkin mengambil masa yang panjang memandangkan banyak perkara akan diterangkan selain beliau menerima pesanan daripada Agong.

Pertemuan Perdana Menteri menghadap Agong hari ini mendapat perhatian berikutan spekulasi beliau akan memohon perkenan pembubaran Parlimen daripada baginda bagi memberi laluan PRU-15 diadakan.

Khabar angin itu tercetus susulan keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Jumaat lalu yang membuat ketetapan supaya PRU-15 diadakan tahun ini. - Getaran, 6 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Basikal Raleigh Chopper Agong Antara Tarikan Pameran Raja Kita

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Pertabalan Sultan Ibrahim Hampir Lengkapkan Pusingan Kedua Penggiliran Yang Di-Pertuan Agong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Jadi Tumpuan, Detik Bersejarah Setiap 5 Tahun

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Istana Negara Adakan Majlis Doa Selamat Sempena Istiadat Pertabalan Agong Ke-17

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tekanan Berterusan Perlu Diberi Kepada Israel, Laksana Gencatan Senjata Dengan Segera - PM

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Banjir Sepanyol: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas - Wisma Putra

Semasa 1 hari yang lalu

Pukul Pemandu E-Hailing OKU, Pengawal Pengiring VIP Didenda RM1,000