web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Parlimen Bubar, PKR Akan Pastikan Rakyat Kembali Pada PH - Rafizi

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Oct 2022 4:40PM

Rafizi Ramli - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PKR akan melakukan yang terbaik dalam memastikan rakyat kembali memilih parti itu dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, ia akan dilakukan dengan bersungguh-sunguh demi mendepani cabaran yang bakal dihadapi negara berikutan kemelut ekonomi dunia tahun hadapan.

Menurut beliau, pihaknya mengharapkan agar orang ramai membuka mata untuk menolak calon dan parti yang telah menyeleweng dana rakyat pada PRU akan datang. 

"Insya Allah, rakyat akan mengundi pada awal November sebelum masuk ke minggu kedua. Kita akan usahakan yang terbaik untuk meyakinkan rakyat agar kembali memilih PKR dan PH. 

"Kita berdoa supaya Allah buka hati rakyat untuk menolak calon dan parti yang menyeleweng dana rakyat, tidak ada idea menyelesaikan masalah rakyat dan culas dalam menjalankan tanggungjawab diberi," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada jam 3 petang tadi mengumumkan Parlimen dibubar berkuatkuasa hari ini, selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi memberi laluan kepada PRU15.

Dalam ucapannya, Ismail Sabri berkata, beliau sudah menghadap Yang di-Pertuan Agong tengah hari semalam dan menyembah warkah permintaan kepada baginda mengenai pembubaran Parlimen Ke-14.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, pelbagai perancangan akan dilaksanakan PH yang telah dimulakan sebaik tercetusnya reformasi pada 1988, dan ia dilihat berjaya mengembalikan sedikit demi sedikit kuasa kepada rakyat setiap kali PRU diadakan. 

"Sertai usaha kami dengan menjadi sukarelawan untuk menelefon pengundi, mengetuk pintu pengundi dan menjadi PACA. Muat turun aplikasi CISTA di Apple dan Google untuk menjadi sukarelawan. 

"Orang ramai boleh menyumbang kepada perbelanjaan kempen secara crowdfunding di https://ayuhmalaysia.org/contribute. Ini usaha kita, kita buat yang terbaik," katanya. 

Beliau menambah, terdapat keperluan untuk rmemujuk anak muda yang pertama kali mengundi agar keluar menunaikan tanggungjawab itu dengan menyokong PKR dan PH.

"Saya mohon semua rakyat yang mahu negara berada di keadaan yang jauh lebih baik serta (limpahan nikmat sampai ke rakyat terbanyak) menghulurkan bantuan," katanya. - Getaran, 10 Oktober 2022. 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Sudah Putuskan Tarikh Rasionalisasi Subsidi Diesel - Rafizi

3

Semasa 8 bulan yang lalu

'Kita Dengar, Kita Jelaskan Dan Kita Ambil Tindakan' - Rafizi

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Lebih Sejuta Sudah Mendaftar Dengan PADU - Rafizi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad