web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRU-15: Pembangkang Perlu Bersama Untuk Elak BN Menang

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2022 9:05PM

BN dijangka mempunyai peluang cerah bagi meraih kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sekiranya pembangkang tidak bersatu. - Gambar Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) dijangka mempunyai peluang cerah bagi meraih kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sekiranya pembangkang tidak bersatu.

Penganalisis Politik, Professor Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, konsolidasi elit serta imej perpaduan seharusnya menjadi agenda utama dan senjata politik pembangkang, berbanding manifesto, calon atau kekuatan jentera parti pada PRU akan datang.

Menurut beliau, walaupun sukar dilaksanakan berikutan pelbagai pengkhianatan yang timbul termasuk Langkah Sheraton satu ketika dahulu, adalah mustahak bagi semua pemimpin pembangkang berkonsolidasi menentang BN.

“Memang payah kerana masing-masing telah ada parut luka yang dalam. Langkah Sheraton dan pengkhianatan lainnya adalah kesakitan yang tajam, dan inilah cabarannya untuk pemimpin pembangkang. 

“Bagaimana untuk bekerjasama? Berjiwa besarlah dan mulakan langkah. Sekurang-kurangnya ada pakatan pilihan raya (electoral pact). Dengan kerjasama elektoral sahajalah, PRU ini akan menjadi lebih menarik dan menjanjikan masa depan lebih baik untuk negara,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Mohammad Agus berkata, Pakatan Harapan (PH) digesa mengadakan perbincangan bersama pembangkang lain agar kemenangan tidak berpihak kepada BN

“Tidak perlu fikir tentang khemah besar, fikir tentang pakatan pilihan raya (electoral pact) sahaja. BN dan PH semuanya masih ada masa sehingga hari pencalonan untuk berbuat demikian.

“Ingatan saya kepada pemimpin pembangkang cuma satu, jangan salahkan rakyat kononnya tidak tahu memilih jika gagal berkonsolidasi sekiranya BN menang lagi,” katanya.

UMNO sebelum ini dilaporkan akan menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan tarikh PRU-15.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, parti itu bagaimanapun berpendapat, PRU-15 boleh dilaksanakan sebelum pertengahan November, iaitu sebelum ketibaan musim tengkujuh.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Parlimen dibubar berkuatkuasa Isnin lalu selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi memberi laluan kepada PRU-15.

Mengulas lanjut, Mohammad Agus menegaskan, perpaduan yang di kalangan pemimpin BN walaupun didakwa terbahagi kepada beberapa kem berjaya menyakinkan Ismail Sabri untuk membubarkan Parlimen.

Beliau berkata, penyatuan tersebut jelas terbukti di Kelantan apabila PAS dan Semangat 46 berjaya mengaut semua kerusi di negeri itu dalam pilihan raya pada 1990.

“Kajian Diamond dalam Developing Democracy Towards Consolidation menunjukkan konsolidasi elit adalah penting untuk menonjolkan imej perpaduan bagi mengekalkan rejim. Tanpa imej perpaduan atau harapan, (proses) menjatuhkan rejim pemerintah sukar kerana rakyat tidak percaya kepada parti yang gagal menjanjikan kestabilan dan perpaduan.

“BN berjaya mengekalkan pemerintahannya kerana keupayaan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam menyatukan elit-elit politik BN agar tidak melawan kepimpinannya. Begitulah juga dengan PRU ini. 

“BN bersatu dan perpaduan inilah meyakinkannya untuk membubarkan parlimen. Pembangkang menolak untuk mengadakan pilihan raya kerana mereka tahu perpaduan sesama mereka rapuh. Alasan banjir tidak kukuh kerana sebelum ini, seingat saya, setelah cukup sahaja tempoh 36 bulan kerajaan berjalan, pembangkang yang memalu gendang untuk PRU diadakan,” katanya. - Getaran, 13 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

3

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

4

Politik 4 bulan yang lalu

Dakwa Syarikat Pro Israel Beli Saham МАНВ Hanya Hasut Kebencian, Kata PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad