web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tun M Akui Minta Zahid Bubar UMNO, Dakwa Parti Hanya Berjuang Untuk Najib

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2022 4:15PM

Tun Mahathir Mohamad - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad mengaku menyuruh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membubarkan sahaja parti itu.

Bercakap menerusi satu video yang dikongsi di Facebook, Dr Mahathir berkata, beliau menyuruh Zahid berbuat demikian berdasarkan kepada prestasi UMNO sendiri.

UMNO katanya, tewas pada Pilihan Raya Ke-14 (PRU-14), malah ramai wakil rakyat, sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen bertindak meninggalkan parti itu.

“Ada yang lompat masuk BERSATU.

“UMNO kalah kerana tidak lagi berjuang untuk bangsa, negara dan agama. UMNO hanya berjuang untuk (Datuk Seri) Najib (Razak),” katanya.

Dr Mahathir menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan dibuat Zahid, bahawa beliau pernah diminta membubarkan UMNO dan menyertai BERSATU.

Dedah Zahid, keengganannya tunduk pada permintaan Dr Mahathir menyebabkan beliau dikenakan pendakwaan terpilih sewaktu negara ditadbir kerajaan Pakatan Harapan (PH).

"Secara tegas saya menolak dan menyatakan kepada Dr Mahathir bahawa kubur saya akan banjir keesokannya, jika saya bubar dan keluar daripada UMNO untuk menyertai parti BERSATU.

"Penolakan itu kerana saya tidak akan sekali-kali mengkhianati parti UMNO semata-mata untuk kesenangan peribadi jawatan dan kedudukan,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir yang juga mantan Perdana Menteri dan Pengerusi PEJUANG berkata, sokongan diberikan kepada Najib selama ini bukan berasaskan kepada kesetiaan tetapi didasari oleh duit dan harta.

“Sokongan kepada Najib bukan kerana setia tetapi kerana duit. UMNO bukan lagi UMNO.

“Sebab itu UMNO sepatutnya dibubar,” katanya.  - Getaran, 16 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

3

Kolum 5 bulan yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan

4

Politik 6 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki