web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRU-15: Tempoh 14 Hari Berkempen Memadai, Parti Politik Sedia Hadapi Persaingan

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2022 12:33PM

Fadillah Yusof (kiri), Wan Saiful dan Asyraf Wajdi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Susulan pengumuman tempoh berkempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah dua minggu atau 14 hari, beberapa parti politik utama menyambut baik keputusan terbabit yang dianggap memberi waktu mencukupi untuk pihak berkenaan membuat persediaan.

Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, partinya bersedia mengharungi tempoh proses menjelang PRU-15, sekali gus membentuk kerajaan stabil bagi menjamin kesejahteraan masa depan Malaysia.

Menurutnya, jentera gabungannya sentiasa bersedia sepanjang masa tanpa mengira waktu, termasuk menjelang PRU-15 atau sebaliknya.

“GPS sentiasa bersiap siaga dan akan bertanding di semua kerusi Parlimen di Sarawak dengan memperjuangkan agenda ‘Sarawak First’.

“Pemimpin GPS juga bekerja sepanjang tempoh mandat diberikan dan sentiasa turun padang, bukan hanya menemui pengundi ketika kempen pilihan raya.

“Harapan kita (GPS) ialah parti, calon dan jentera semua parti, mematuhi garis panduan dan undang-undang ditetapkan SPR bagi memastikan PRU-15 berjalan lancar. Semoga sebuah kerajaan stabil dapat dibentuk selepas PRU-15, demi rakyat dan Malaysia yang lebih makmur serta sejahtera,” katanya kepada Getaran.

Fadillah berkata, tempoh berkempen 14 hari amat memadai dan sesuai, khususnya bagi memberi peluang kepada jentera parti ke kawasan tidak mempunyai jalan raya sempurna serta sukar diakses yang pastinya mengambil masa.

Beliau berkata, dengan memilih Sabtu, iaitu 19 November sebagai hari mengundi, ia adalah keputusan baik kerana jumlah peratusan keluar menunaikan tanggungjawab berkenaan dijangka lebih ramai.

“Ini kerana hari itu majoriti rakyat di seluruh negara mempunyai lebih kelapangan untuk keluar mengundi dengan selesa. Saya percaya kesemua parti bersiap sedia dan turun ke akar umbi dari awal, memandangkan sebelum ini, PRU-15 dijangka diadakan pada bila-bila masa.

“Pada zaman teknologi maklumat (IT) dan sebaran informasi ini, setiap calon atau parti tentunya banyak menggunakan platform media sosial untuk berkempen bagi membolehkan lebih banyak maklumat disampaikan kepada pengundi dalam sekelip mata,” katanya.

Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, meskipun partinya berpandangan PRU-15 tidak sesuai diadakan pada November ini, pihaknya tetap akur dengan keputusan itu dan pengumuman SPR mengenai tarikh penting pilihan raya berkenaan.

“Pandangan Perikatan Nasional (PN) konsisten dari awal bahawa PRU-15 ini sepatutnya tidak diadakan dan tindakan melaksanakannya segera, semata-mata untuk menyelamatkan kluster mahkamah dalam UMNO serta Barisan Nasional (BN).

“Kita akur dengan keputusan untuk bubarkan Parlimen serta tarikh penting diumumkan selepas itu dengan menyiapkan jentera bagi menghadapinya, namun pada masa sama, kita kena beritahu rakyat bahawa kesusahan hadapi PRU-15 ini bukan kita penyebabnya. Sebab sebenar adalah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan mereka yang takut, iaitu kluster mahkamah untuk didakwa,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki berkata, pihaknya akan memastikan jentera gabungan parti itu sentiasa bersiap siaga untuk kembali menjadi sebuah kerajaan dominasi yang boleh membawa kestabilan dan kemakmuran kepada negara.

Beliau mengakui walaupun BN dan UMNO mempunyai banyak kelemahan, gabungan itu memiliki rekod pencapaian gemilang dalam mentadbir negara dan menjamin kebajikan rakyat.

“Hari ini selepas BN menguasai kerajaan, kita akhirnya mengembalikan hak memilih kepada rakyat. Pelik masih ada tuduhan konon kita gila kuasa. Kalau gila, kita akan berebut jawatan Perdana Menteri, seperti mana Pakatan Harapan (PH) dahulu dan sudah pasti kita isytihar darurat ataupun gantung Parlimen.

“Tapi kita kembalikan mandat ini kepada rakyat. Atas sebab kita sentiasa yakin bahawa rakyat kita adalah bijaksana dan boleh menilai kerajaan mana adalah kaca dan kerajaan mana pula permata. Semoga PRU-15 kali ini akan memastikan wujudnya sebuah kerajaan yang boleh membawa kestabilan dan kemakmuran,” katanya. - Getaran, 22 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

3

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

4

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 2 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula