web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PH Perlu Berlapang Dada Terima Parti Pembangkang Lain Jika Mahu Anwar Jadi PM 

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2022 7:05AM

PH bersedia menerima parti dan gabungan politik pembangkang lain pada PRU-15 jika berhasrat melantik Anwar Ibrahim sebagai PM. - Gambar fail 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) perlu berlapang dada untuk menerima parti dan gabungan politik pembangkang lain pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) agar hasrat untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri mampu direalisasikan. 

Penganalisis Politik, Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, Anwar wajar melakukan perbincangan bersama Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mencari formula terbaik agar Barisan Nasional (BN) mampu ditumbangkan. 

Beliau mengakui kedua-dua figura itu melakukan pelbagai kesilapan dalam politik, namun hanya kerjasama mereka mampu menyelamatkan negara daripada ditawan oleh BN. 

"Saya yakin Anwar adalah pemimpin yang dapat melonjakkan negara di pentas dunia. Pada Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), saya mahu lihat beliau berucap di New York dan pelbagai pemimpin dunia memenuhi dewan mendengar ucapan serta wawasan beliau. 

"Menonton di kaca televisyen, sebagai rakyat Malaysia saya pasti bangga jika saat itu datang. Malaysia perlu dipulihkan ekonomi, politik, hubungan luar, pendidikan, perdagangan, keselamatan dan lainnya. Jika ini mahu dilakukan, Anwar Ibrahim adalah orangnya," katanya kepada Getaran, hari ini. 

Mohammad Agus berkata, pembangkang, khususnya PH masih mempunyai masa untuk berlapang dada dalam memberi sokongan kepada Pengerusinya agar melakukan pertemuan bersama Dr Mahathir. 

"Usah cakap lebih baik kalah bermaruah. Tidak ada gunanya berjuang untuk kalah bermaruah jika akhirnya negara akan statik kemajuannya dan rakyat kekal dengan hanya diberikan ikan. 

"Kita perlukan kail sekarang untuk berdiri sendiri. Kita perlukan kesejahteraan," katanya. 

Tegas beliau, sudah tiba masanya rakyat, khususnya anak muda tidak memilih calon daripada parti yang kerap memainkan sentimen perkauman dan agama. 

"Parti berwibawa itu ialah pemimpinnya tidak korup, tidak rasis, mampu menarik keyakinan pelabur, mempunyai idea dan dapat mengangkat Malaysia di pentas antarabangsa. 

"Saya berharap pengundi muda ini menolak politik perkauman dan politik keagamaan yang sempit. Demi negara, mereka harus berani melakukan introspeksi nasional tanpa dipisahkan oleh perbezaan kaum dan agama," katanya. 

Bagaimanapun, Mohammad Agus mengakui, perkara itu sukar untuk dilakukan oleh pengundi berumur 40 tahun ke atas, kerana mereka teguh menyokong parti pilihan masing-masing.

"Setakat ini harapan besar saya adalah terhadap pengundi muda berumur 18 sehingga 39 tahun kerana jumlah mereka adalah tinggi iaitu 51.24 peratus daripada jumlah keseluruhan pemilih di Malaysia. 

"Perkara itu sangat signifikan dalam menentukan parti yang menang dalam pilihan raya nanti, sekali gus arah tuju bangsa ini. Jangan biarkan diri diperkotak katikkan oleh ahli politik," katanya. 

Mengulas lanjut beliau berkata, perkembangan teknologi ketika ini membuatkan sukar untuk meramal, apakah anak muda yang berumur 18 sehingga 20 tahun akan mengundi mengikut kecenderungan daripada keluarga serta rakan sebaya.

"Pengundi muda ini cerdik berikutan mereka celik ICT yang telah terdedah kepada media sosial dan peka kepada isu semasa. Oleh kerana itu, mereka sudah pastinya bijak dalam menentukan apa terbaik untuk negara dan masa depan mereka.

"Bagi saya, sikap orang politik yang memperdagang bangsa dan agama setiap kali pilihan raya memalukan kerana menggagalkan usaha untuk membina Malaysia yang hebat, sedangkan merekalah berdegar berjanji membina hubungan rakyat dengan cara harmoni," katanya. - Getaran, 28 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan