web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Daftar Pemilih Sarawak Catat Peningkatan, SPR Atur Persiapan Rapi

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 29 Oct 2022 4:16PM

Wan Junaidi Tuanku Jaafar - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Daftar pemilih Sarawak mencatatkan peningkatan sebanyak 59.14 peratus atau 1,943,074 juta untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), berbanding 1,220,960 yang direkodkan ketika PRU-14.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, 825,791 daripada jumlah itu adalah pengundi berusia 21 hingga 39 tahun, iaitu kategori terbesar.

Menurut beliau, kelompok kedua terbesar ialah 129,034 pengundi berusia antara 18 hingga 20 tahun.

“Daftar Pemilih Sarawak yang terkini merekodkan seramai 975,618 bersamaan 50.21% pengundi lelaki dan 967,456 (49.79%) pengundi wanita.

“Daripada keseluruhan pengundi, 25,799 orang adalah pemilih orang kelainan upaya (OKU) iaitu 25,782 OKU pemilih biasa, tujuh OKU tentera dan pasangan serta 10 OKU polis dan pasangan,” katanya hari ini. 

Wan Junaidi berkata, jumlah pengundi awal pula mencatatkan sedikit pengurangan iaitu 22,127 berbanding 24,545 mengikut rekod daftar pemilih PRU-14.

Daftar keseluruhan juga katanya, menunjukkan majoriti pemilih berusia di bawah 60 tahun iaitu seramai 1,539,645 manakala 355,413 lagi berusia 60 tahun ke atas.

“Seramai 38,148 petugas akan bertugas untuk PRU-15 melibatkan 1,943 pusat mengundi termasuk 55 pusat mengundi awal dengan 4,286 saluran.

"Sebanyak 1,943 pusat pengundi telah diwartakan membabitkan sekolah, rumah panjang dan beberapa premis lain yang dikenal pasti. Daripada jumlah itu, 74 pusat pengundi yang terletak di kawasan pedalaman tidak mempunyai akses telekomunikasi," katanya.

Wan Junaidi berkata, SPR memperoleh kerjasama syarikat pembekal perkhidmatan telekomunikasi serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk memastikan kesemua 74 pusat mengundi itu mendapat liputan perhubungan, sekali gus tidak menjejaskan komunikasi sepanjang pilihan raya.

“Kerjasama dengan SKMM turut diwujudkan bagi memastikan semua pusat penamaan calon memiliki liputan komunikasi, agar hari penamaan calon pada 5 November ini berjalan lancar.

“Selain itu, SPR juga mendapat kerjasama Jabatan Insolvensi Malaysia (Mdl) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung rekod percukaian dan status kebankrapan semua calon yang akan bertanding,” katanya.

Beliau menarik perhatian, SPR tidak ketinggalan mendapatkan kerjasama Jabatan Peguam Negata semasa hari penamaan calon untuk memberi nasihat kepada Pegawai Pengurus pilihan raya sekiranya berlaku kekeliruan dan masalah berkaitan undang-udang.

“Bagi memastikan kelancaran perjalanan pilihan raya kali ini, SPR Sarawak telah bersedia dengan pelbagai persediaan melibatkan logistik udara, air dan darat.

"Malah, sekiranya berlaku banjir ketika pilihan raya berlangsung, SPR Sarawak juga sudah merancang pelbagai kaedah untuk melancarkan perjalanan proses demokrasi dengan kerjasama bersama semua agensi keselamatan," katanya. - Getaran, 29 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

2

Politik 6 bulan yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Daftar Pemilih Tambahan Januari 2024 Dibuka Untuk Semakan - SPR

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Lat Tempoh Masih Berkuat Kuasa, SPR Tiada Rancangan Laksana Kajian Semula Persempadanan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah