web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bertanding Solo, PBM Pertaruh Calon Di 5 Kerusi Parlimen, 1 DUN

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2022 7:27PM

Zuraida berkata PBM akan bergerak solo dan tidak bergabung dengan parti politik sedia ada pada PRU-15 ini. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Bangsa Malaysia (PBM) mengesahkan bertanding di enam kerusi, masing-masing lima Parlimen dan satu Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), November depan.

Presiden PBM, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, parti itu juga akan bergerak solo dan tidak bergabung dengan parti politik sedia ada pada PRU-15, termasuk Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, perkara itu diputuskan PBM pada mesyuarat jawatankuasa PRU di Bilik Gerakan Utama PBM di Ampang, hari ini. 

Zuraida Kamaruddin
Zuraida Kamaruddin

“Hari ini PBM buat pengumuman mengenai bertanding pada PRU-15, parti akan bertanding solo dan tidak bergabung dengan mana-mana gabungan politik.

“Kita memang cuba (untuk bergabung), namun ada perkara tidak boleh dipenuhi. Jadi, kita buat keputusan bergerak solo,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Lima kerusi Parlimen akan ditandingi PBM adalah Ampang, Tebrau, Julau, Lahad Datu dan Kuala Langat, manakala Malim Nawar adalah DUN dipilih parti itu.

Sebelum ini, Zuraida dilaporkan berkata, kerjasama dengan BN akan dimuktamadkan sebelum penamaan calon pada PRU-15.

Penyandang Ahli Parlimen Ampang itu dilaporkan berkata, hasrat PBM menyertai BN menerima maklum balas positif, namun parti pimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkenaan belum memberi keputusan rasmi mengenai permohonan terbabit.

Ia turut disahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memaklumkan bahawa BN tidak pernah menolak PBM sebagai komponen gabungan itu. 

Beliau berkata, setakat ini BN masih mempertimbangkan permohonan parti berkenaan.

Terdahulu, ketika mengulas mengenai kemelut jawatan Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) antara beliau dengan Datuk Larry Sng, Zuraida berkata, perkara itu diselesaikan secara dalaman sebelum 5 November depan.

Jelasnya, mesyuarat tertutup akan diadakan dalam masa terdekat bagi memuktamadkan keputusan siapa yang layak memegang jawatan Presiden PBM. 

Sebelum ini, Timbalan Presiden PBM, Haniza Mohamed Talha mendakwa Zuraida yang juga penyandang Ahli Parlimen Ampang itu sebagai Presiden PBM sah selepas diumumkan pada Persidangan Agung Tahunan Parti Bangsa Malaysia pada 7 Oktober lalu.

Larry pula mendakwa beliau tidak pernah meletak atau melepaskan jawatan sebagai presiden parti itu, selain memaklumkan bertanding menggunakan logo PBM pada PRU-15. - Getaran, 30 Oktober 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 2 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula