web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Dipecat Bantah DAP, Phahrolrazi Dikira Husnul Khotimah’

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2022 5:55PM

Phahrolrazi Mohd Zawawi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dewan Ulamak PAS melihat pemecatan Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi sebagai Pengerusi Amanah Kedah adalah pengakhiran baik atau husnul khotimah di sisi Islam.

Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Ahmad Yahaya, ia berikutan Phahrolrazi dikenakan tindakan digugurkan daripada AMANAH hanya kerana melawan DAP.

“Saya doakan yang baik untuk Phahrolrazi. Dipecat kerana membantah DAP, kira husnul khotimah juga.

“Kami dah bagi tahu awal lagi yang DAP itu sangat berbahaya. Semoga Datuk (Phahrolrazi) terus pertahankan kebenaran dan ditetapkan pendirian,” katanya menerusi kenyataan ringkas hari ini.

Terdahulu, Setiausaha Agung AMANAH, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli mengesahkan pemecatan Phahrolrazi adalah berasaskan peruntukan kuasa di bawah Fasal 6.2(b) kerana Phahrolrazi didapati melanggar perlembagaan parti.

Serentak dengan itu, Datuk Dr Ismail Salleh sebagai Timbalan Pengerusi AMANAH Kedah akan menjalankan tugas pengerusi buat sementara.

Jelasnya, Phahrolrazi juga didapati mengingkari keputusan AMANAH, di samping bertindak bertentangan dengan kepentingan parti.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan barisan kepimpinan AMANAH Kedah didakwa akan memboikot calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Jerai pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). 

Ia susulan kegagalan AMANAH mempertahan kerusi Parlimen Jerai, apabila terpaksa memberi laluan kepada calon DAP.

Kegagalan terbabit pastinya akan meninggalkan kesan mendalam kepada Kedah, memandangkan kawasan Jerai didominasi kaum Melayu yang jelas alergik dengan stigma dibawa DAP. 

PH mencalonkan Timbalan Pengerusi DAP Kedah, Zulhazmi Shariff untuk bertanding di kerusi Parlimen Jerai, sekali gus menjadi calon tunggal parti itu di negeri berkenaan. 

Empat lagi kerusi Parlimen di Kedah diberikan kepada AMANAH yang mengekalkan Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena).

PH Kedah turut mempertaruh tiga muka baharu, iaitu mantan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM), Datuk Latipah Md Yatim (Sik); Ketua AMANAH Baling, Johari Abdullah (Baling) dan Ketua Pemuda AMANAH Padang Terap, Muaz Abdullah (Padang Terap). - Getaran, 31 Oktober 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 2 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula