web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Wan Junaidi Cadang Setiausaha Politiknya Jadi Calon Parlimen Santubong

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 Nov 2022 8:58PM

Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyifatkan Syed Hamzah sebagai calon terbaik untuk diletakkan di kerusi terbabit jika beliau tidak dinamakan semula sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyandang kerusi Parlimen Santubong, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mencadangkan supaya Setiausaha Politiknya, Datuk Seri Syed Hamzah Syed Paie dinamakan sebagai calon untuk menggantikan beliau di Parlimen Santubong.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) itu menyifatkan Syed Hamzah sebagai calon terbaik untuk diletakkan di kerusi terbabit jika beliau tidak dinamakan semula sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

"Saya telah melatih Syed Hamzah untuk menjadi seperti saya. Beliau telah bersama saya selama 18 tahun. Saya fikir beliau antara yang 'paling tidak bermasalah' dan saya telah berjanji untuk mengesyorkannya.

“Terdapat banyak petisyen agar saya terus kekal sebagai wakil rakyat tetapi apabila mereka mendengar berita kemungkinan besar saya akan berundur, kini mereka (akar umbi) mahukan Syed Hamzah,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Ahli politik veteran berusia 77 tahun itu berkata, pengalaman Syed Hamzah bersamanya selama 18 tahun membolehkan beliau mengenali keistimewaan semua kawasan, termasuk dari Telok Melano di Tanjung Datu sehingga Tiang Api di Samarahan.

Wan Junaidi merupakan Ahli Parlimen Batang Lupar selama tiga penggal semasa era pemerintahan Barisan Nasional (BN) di Sarawak. 

Beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Santubong pada 2004 yang merangkumi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut, Pantai Damai dan Tanjong Datu.

Kelmarin, Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Abang Johari Tun Openg memberitahu bahawa Wan Junaidi telah menyatakan hasrat untuk tidak bertanding semula pada PRU-15, 19 November ini.

Bagaimanapun, Premier Sarawak itu berkata, beliau masih belum memutuskan sama ada mahu menerima keputusan ahli politik veteran itu atau sebaliknya.

“Beliau (Wan Junaidi) telah meminta untuk mengundurkan diri tetapi saya belum membuat keputusan. Apa boleh buat?

“Beliau mahu (berundur) kerana beliau memberitahu saya bahawa beliau sudah berusia 77 tahun.

“‘Benar juak’ (benar juga). Wan Junaidi juga menyatakan hendak menguruskan benda lain tapi beliau akan terus beri nasihat kepada kami,” katanya.

Difahamkan, nama lain yang turut dikhabarkan menjadi pilihan untuk menjadi calon di kerusi tersebut adalah Ketua Penerangan PBB Samariang, Datuk Wan Khalik Wan Muhammad.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit Abang Johari serta mantan Ketua Menteri, Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem ketika berada di perkhidmatan awam. 

Beliau kini merupakan seorang ahli korporat.

GPS akan mengumumkan 31 calon Parlimennya pada 3 November, iaitu dua hari sebelum hari penamaan calon.

Pengundian awal akan diadakan pada 15 November manakala hari mengundi ditetapkan pada 19 November ini. - Getaran, 1 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Tun Dr Wan Junaidi Angkat Sumpah Sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak Kelapan

2

Semasa 7 bulan yang lalu

TPM Fadillah Ucap Tahniah Pelantikan Wan Junaidi Sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Wan Junaidi Dilantik Yang Dipertua Negeri Sarawak Baharu

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengalaman Luas Layakkan Wan Junaidi Dilantik Yang Dipertua Dewan Negara - Fadillah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Semasa 21 jam yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 5 Individu, Rampas 2 Kenderaan Ada Lambang GISBH Di Bukit Kayu Hitam

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen