web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Senarai Muka Baharu Untuk Remajakan Parti, Pilih Calon Guna Prinsip WALI 

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2022 9:17AM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Langkah menyenaraikan muka baharu untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah sebahagian daripada usaha meremajakan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia meliputi tugas memastikan golongan muda diberikan tempat dan kedudukan sewajarnya, agar suara serta undi pemilih di bawah usia 40 tahun tidak dipinggirkan.

Menurut beliau, suara anak muda sangat penting dan ia perlu didengar, sekali gus memberi peluang untuk muka baharu menonjolkan kelebihan serta kekuatan mereka.

Katanya, ahli parti perlu menerima hakikat bahawa undi pemilih di bawah 39 tahun mewakili sekitar 50 peratus pengundi di negara ini pada PRU-15 nanti. 

“Yang sudah lama menjadi wakil rakyat perlu memberikan peluang (untuk) suara anak-anak mengambil tempat dan kedudukan.

“Ketika yang sudah lama bertanding dahulu, mereka juga disokong oleh anak-anak muda dan dewasa yang lain. Tanpa sokongan ini mereka tidak akan dapat menjadi wakil rakyat untuk berpenggal-penggal lamanya,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Ahmad Zahid berkata kesetiaan kepada parti dan usaha merapatkan barisan ketika ini lebih penting, berbanding daripada merintih kerana tidak dicalonkan. - Gambar oleh Azim Rahman
Ahmad Zahid berkata kesetiaan kepada parti dan usaha merapatkan barisan ketika ini lebih penting, berbanding daripada merintih kerana tidak dicalonkan. - Gambar oleh Azim Rahman

Calon yang tidak terpilih jelas Zahid, perlu berjiwa besar dan menerima keputusan dibuat dengan hati terbuka, memandangkan mereka pernah diberi peluang sama belasan atau puluhan tahun lalu.

“Jangan pula cetuskan rasa tidak berpuas hati, marah, protes, cah keting, sabotaj malah cuba tutup bilik gerakan, memberikan kenyataan yang memburukkan reputasi parti mereka sendiri.

“Mereka perlu sedar apabila ini dicetuskan, ini menunjukkan warna sebenar sikap mereka terhadap parti dan  rakyat perlu nilai sendiri peribadi politik sedemikian,” tegasnya.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, kesetiaan kepada parti dan usaha merapatkan barisan ketika ini lebih penting, berbanding daripada merintih kerana tidak dicalonkan.

“Maka janganlah pula terfikir untuk mengkhianati parti secara langsung dan tidak langsung.

“Jika ini berlaku bermakna tidak bersyukur kerana selama ini mereka relevan, menjawat jawatan lama kerana tiket parti UMNO dan BN,” tegasnya. 

Zahid yang kekal bertandind di Parlimen Bagan Datuk menarik perhatian, pemilihan calon dibuat berdasarkan kriteria WALI iaitu winnability, (boleh menang), acceptibility, (kebolehterimaan) dan likeability (disenangi).  

“Bukan mudah memilih yang terbaik (dalam) kalangan terbaik. Banyak pertimbangan yang perlu diambil kira sebelum memuktamadkan pemilihan.

“Sesungguhnya Top 5 melakukan penyaringan terperinci bagi mengelak berlakunya pisang berbuah kali daripada sikap, pendirian dan tingkah laku yang boleh memudaratkan UMNO dan BN,” jelasnya.

Beliau mengulas lanjut, tidak mudah membuat keputusan getir namun ketegasan, keberanian serta kebijaksanaan perlu diamalkan dalam usaha pemulihan, agar ia menjadi pencetus kepada kebangkitan UMNO dan BN.

“Jika UMNO dan BN tidak membuat perubahan sekarang,  maka boleh menyebabkan parti ketinggalan ke belakang di kala pesaing  melakukan perubahan terutama kalangan calon yang bertanding pada pilihan raya umum,” katanya.

Senarai calon BN diumumkan malam tadi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), yang menyaksikan beberapa nama besar dan muka lama digugurkan, bagi memberi laluan kepada calon baharu.

Kali ini BN turut mengambil pendekatan sedikit berbeza apabila membuat beberapa pertukaran kerusi, antaranya penyandang kerusi Rembau, Khairy Jamaluddin berpindah ke Parlimen Sungai Buloh, dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang bertukar ke Kota Tinggi dari Parlimen Pasir Gudang.

Antara nama besar yang digugurkan ialah penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, Tan Sri Annuar Musa (Ketereh), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak).

Tan Sri Noh Omar, Datuk Seri Dr Adham Baba (Tenggara), Datuk Halimah Sadique (Kota Tinggi), Datuk Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar) dan Datuk Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar). - Getaran, 2 November 2022









 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah