web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mesyuarat Tergempar Untuk Bincang Masalah 'Keluarga' - Vigneswaran

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2022 12:52PM

S A Vigneswaran - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran mengesahkan mesyuarat tergempar hari ini adalah bagi membincangkan permasalahan dalaman yang berlaku bersama Barisan Nasional (BN). 

"(Mesyuarat tergempar) hanyalah masalah keluarga (dalaman)," katanya ringkas kepada media ketika ditemui di Ibu Pejabat MIC, hari ini. 

MIC mengadakan mesyuarat tergempar hari ini, dipercayai kerana tidak berpuas hati dengan pembahagian kerusi yang dilakukan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Vigneswaran tiba kira-kira jam 11 pagi di Ibu Pejabat parti itu bagi mempengerusikan mesyuarat tergempar itu, untuk memutuskan pendirian MIC pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Vigneswaran ketika mempengerusikan mesyuarat tergempar untuk memutuskan pendirian MIC pada PRU-15. - Gambar Syeda imran
Vigneswaran ketika mempengerusikan mesyuarat tergempar untuk memutuskan pendirian MIC pada PRU-15. - Gambar Syeda imran

Sementara itu, sumber berkata, MIC tidak berpuas hati dengan jumlah peruntukan kerusi kepada parti, termasuk beberapa kerusi tradisi seperti Cameron Highlands dan Sungai Buloh yang tidak diberikan kepada mereka. 

"MIC amat mengharapkan kerusi yang lebih pada PRU kali ini kerana Gerakan telah keluar dan menyertai Perikatan Nasional (PN), tetapi apa yang diumumkan malam tadi amat mengecewakan. 

"Saya pun tidak pasti (MIC akan keluar atau tidak), kita tunggu keputusan mesyuarat kepimpinan tertinggi parti, apa yang mereka setuju untuk kita lakukan pada PRU kali ini," katanya. 

MIC dilaporkan bercadang untuk bertanding di 12 kerusi Parlimen pada PRU-15.

Pada PRU-14, MIC bertanding di sembilan kerusi Parlimen iaitu Sungai Siput dan Tapah di Perak; Sungai Buloh, Hulu Selangor, Kapar dan Kota Raja (Selangor); Port Dickson (Negeri Sembilan); Segamat (Johor) dan Cameron Highlands (Pahang).

Bagi PRU-15, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Sabtu ini (5 Nov) sebagai hari penamaan calon, pengundian awal (15 Nov) dan hari pengundian pada 19 November. - Getaran, 2 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

‘Tahniah Pihak Yang Buat Ugutan, Hasrat Anda Sudah Tertunai’ - T Mohan

2

Politik 5 bulan yang lalu

MIC Janji Bantu Kempen PRK Kuala Kubu - PM

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Hina Agama Hindu: Zamri Vinoth Harus Segera Dihukum - MIC

4

Pendidikan 1 tahun yang lalu

'KPT Tolonglah, Mereka Mahu Lanjutkan Pelajaran Dalam Jurusan Perubatan' - Dr Nelson

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan