web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Parlimen Batu Tetap Milik MIC - Vigneswaran

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Nov 2022 2:31PM

Vigneswaran (tengah) pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar MIC di sini, hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - MCA tidak seharusnya melanggar senarai kerusi Parlimen seperti diputuskan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran menegaskan, Parlimen Batu adalah milik MIC, bukan MCA seperti yang diuar-uarakan parti itu menerusi sidang media, pagi tadi. 

Menurut beliau, tidak sewajarnya MCA bertindak demikian kerana perbincangan di peringkat kepimpinan tertinggi BN sudah dilakukan. 

Vigneswaran - Gambar oleh Syeda Imran
Vigneswaran - Gambar oleh Syeda Imran

"Pertemuan perlu dilakukan sebelum mendapat persetujuan untuk tukar kerusi. Beliau kena bincang dengan Pengerusi BN sebelum membuat sebarang pengumuman. 

"Kapar, Sungai Buloh adalah kawasan menang untuk kita, dan kita akan lakukan sebaiknya di Batu. Cameron Highlands (pula) diberi kepada UMNO walaupun milik MIC. 

"Kita tak memilih kaum atau calon terbaik untuk mewakili BN. Ini kita panggil hubungan keluarga seperti Khairy yang merupakan calon bagus di Sungai Buloh," katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat MIC, hari ini. 

Terdahulu, Presiden MCA, Datuk Seri Ir Wee Ka Siong dalam sidang media hari ini mengesahkan kerusi Parlimen Batu adalah milik partinya selepas mengadakan perbincangan bersama Ahmad Zahid. 

Menurut beliau, Pengerusi BN telah bersetuju untuk menyerahkan kerusi tersebut kepada MCA selepas Parlimen Padang Serai diserahkan kepada MIC. 

Dalam pada itu, Vigneswaran menyangkal dakawaan bahawa partinya akan memboikot BN pada PRU-15 selepas berlaku pembahagian kerusi yang dilihat ramai sebagai agak tidak adil.

Katanya, pembahagian kerusi dibuat hasil mesyuarat secara kolektif antara komponen parti.

"Majlis Tertinggi MIC merasakan ia keputusan adil oleh Pengerusi BN berkenaan kerusi diberi kepada kami, dan kita akan bertanding. MIC tidak mahu ahli kita ambil keputusan sendiri dengan tidak menyokong calon BN. 

"Kami mengharapkan calon dan kawasan yang telah diberikan kepada MIC dikekalkan dan tiada sebarang pertukaran (kerusi) sebelum penamaan calon," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata, MIC sentiasa terbuka serta menyokong pencalonan daripada Parti Makkal Sakti, Barisan Kemajuan India Semalaysia (IPF) dan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA). 

"Mudah-mudahan kemenangan berpihak kepada calon Freinds of BN. Kami menerima mereka bertanding dan saya juga arahkan ahli parti untuk membantu mereka khususnya di kawasan hitam.

"Calon daripada MIC juga perlu pastikan dengan sebaiknya apa yang boleh kita buat bagi memastikan kita boleh berjaya pada PRU-15," katanya. - Getaran, 2 November 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan