web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRU-15: BN Perlu Fokus, Manfaat Sepenuhnya Tempoh Berkempen – Zahid

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2022 8:04PM

Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihak lawan tidak akan berhenti untuk menyebar fitnah dan propaganda terhadap semua pemimpin gabungan tersebut, seperti yang dilakukan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 - Gambar Facebook Ahmad Zahid Hamidi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) diminta terus mengekalkan fokus dan memanfaatkan sepenuhnya tempoh berkempen 14 hari yang diberi bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihak lawan tidak akan berhenti untuk menyebar fitnah dan propaganda terhadap semua pemimpin gabungan tersebut, seperti yang dilakukan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menurut beliau, musuh juga sedang berusaha mengadu domba tentang kepemimpinan BN, dengan harapan ada penyokong terpedaya seperti yang berlaku pada 9 Mei 2018.

“Mereka tahu kekuatan sebenar BN terletak pada muafakat jutaan ahlinya seperti disaksikan di Melaka dan Johor dan ini yang amat mereka geruni, justeru jangan benarkan bisikan mereka berjaya kali ini. Usah tewas kepada perang psikologi seperti mana pernah mereka lakukan.

“Tentunya lawan BN tidak akan menyerang pemimpin BN terutama pengerusinya, jika mereka tidak melihat itu sebagai ancaman politik. Sehingga kini masing-masing gigih menyebarkan naratif palsu, kononnya menyokong BN bermakna menyokong PH (Pakatan Harapan) atau menyokong BN bermakna menyokong PN (Perikatan Nasional),” katanya menerusi hantaran di Facebook.

 Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, akar umbi BN diminta agar tidak mengendahkan taktik itu dan meneruskan momentum kemuafakatan demi menjamin kemenangan berpihak kepada mereka kali ini.

“BN pada PRU-15 menampilkan calon terdiri daripada gandingan muka lama yang berpengalaman dan muka baharu yang sarat dengan pengetahuan. Calon ini bukan saja dikenal pasti memiliki ciri-ciri 'WALI' ditetapkan BN iaitu boleh menang (winnable), diterima (acceptable) dan disukai (likeable), malah dihantar ke gelanggang PRU-15 dengan semangat kesetiaan dan tekad perjuangan untuk mengembalikan BN sebagai kerajaan dominan pada 19 November ini.

“Mereka ini adalah best of the best daripada BN untuk menggalas amanah parti dan rakyat memastikan kestabilan demi kemakmuran di Malaysia,” katanya.

Penyandang Parlimen Bagan Datuk itu berkata, semua calon juga telah disaring dan dijamin tidak berpaling tadah kepada naratif politik berbeza walaupun berada di kedudukan pembangkang satu ketika dahulu.

“Insya-Allah calon BN yang diketengahkan ini mampu beri perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negara, sekali gus mengorak sebuah muafakat rakyat,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Zahid turut meminta kerjasama ahli yang tidak tercalon agar terus setia dengan perjuangan BN dan tidak beralih ke kem lain.

“Realiti perjuangan BN tidak pernah tentang mana-mana individu sebaliknya tentang apa yang mustahak untuk masa depan parti, rakyat dan negara.

“Ada akar umbi bertanya mengapa BN mengambil tidak mencalonkan nama tertentu untuk memberi peluang kepada muka baharu. Pada saya inilah pengorbanan yang harus dilakukan demi memastikan BN memenuhi aspirasi kestabilan dan kemakmuran negara,” katanya.

Jelasnya, beliau juga akan berundur apabila tiba masanya untuk berbuat demikian.

“Pemimpin datang dan pergi. Saya juga tentunya apabila telah tiba masa dan ketikanya suatu hari nanti perlu memberi laluan kepada yang baharu,” katanya. – Getaran, 5 November 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 1 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang