web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRU-15 Gelanggang Politik Terakhir, Muhyiddin Beri Bayangan Bakal Bersara

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2022 8:15PM

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bakal menjadi gelanggang terakhir buat Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin - Gambar Facebook Muhyiddin Yassin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bakal menjadi gelanggang terakhir buat Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Memberi gambaran itu, Muhyiddin menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata, beliau tekad untuk berjuang dan memimpin PN kerana tidak rela negara jatuh ke tangan puak kleptokrat.

Katanya, beliau tidak mahu melihat negara sekali lagi diperintah pakatan politik yang gagal menunaikan janji kepada rakyat serta tidak menghormati sensitiviti masyarakat pelbagai kaum.

“Perjuangan dan amanah. Dua perkara inilah yang membuatkan saya terus gagahi segala kudrat ini demi rakyat yang saya sayangi. Saya masih memikul amanah sebagai pemimpin sebuah wadah politik yang saya asaskan iaitu BERSATU dan PN. Wadah politik ini mempunyai prinsip perjuangan yang murni.

“Kerana itulah, walaupun saya telah bersara daripada jawatan Perdana Menteri, saya tidak boleh bersara daripada perjuangan. Saya akan dilihat tidak bertanggungjawab jika saya lari dari medan perjuangan semata-mata kerana saya tidak lagi berjawatan,” katanya.

Penyandang kerusi Parlimen Pagoh itu bakal berdepan pertandingan tiga penjuru, yang menyaksikan beliau dicabar calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Razali Ibrahim dan calon Pakatan Harapan (PH), Iskandar Shah Abd Rahman.

Pada PRU-14, Muhyiddin yang bertanding di bawah tiket PKR meraih majoriti 6,927 undi untuk mengekalkan penguasaan di Pagoh selepas memperoleh 23,558 undi.

Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ismail Mohamed yang memperoleh 16,31 undi dan wakil PAS, Ahmad Nawfal Mahfodz (2,483) undi.

Menurut Muhyiddin, Pagoh dan masyarakat sekitar memiliki tempat yang amat istimewa di hatinya, kerana beliau tidak pernah berpindah ke kawasan lain selama lebih 40 tahun berpolitik.

“Saya setia memberi khidmat kepada masyarakat di Pagoh, dan pengundi di Pagoh juga sentiasa setia memberi sokongan kepada saya di setiap kali pilihan raya. Terima kasih.

“Dalam PRU-14 yang lalu, ada penyokong saya menasihatkan supaya saya berpindah ke kawasan lain. Kononnya Pagoh tak selamat untuk saya. Tetapi saya katakan tidak. Biarlah apapun yang terjadi, saya dan Pagoh berpisah tiada,” katanya.

Jelas mantan Perdana Menteri itu, beliau mempunyai pilihan untuk bersara apabila meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 21 Ogos lalu, malah ia adalah pilihan terbaik buat dirinya dan keluarga.

“Itu adalah pilihan yang paling baik untuk diri saya dan keluarga saya. Orang kata I've been there, done that".

“Sukar. Memang sukar bagi diri saya untuk meneruskan perjuangan dalam keadaan ini. Banyak halangan dan cabaran yang terpaksa saya hadapi dalam memimpin sebuah gabungan parti politik besar yang membawa citra dan harapan murni rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi apabila saya tidak lagi menjadi Perdana Menteri. Tetapi biasalah, itu adat orang berjuang.

“Perikatan Nasional yang saya pimpin menawarkan sebuah kerajaan yang prihatin, bersih dan stabil untuk semua rakyat. Prihatin dengan ertikata sentiasa mempunyai rasa belas ihsan kepada rakyat serta tidak lokek membantu mereka ketika susah.  Bersih dengan ertikata bebas daripada segala amalan rasuah dan penyelewengan.

“Stabil dengan memastikan kehidupan rakyat sentiasa aman, selamat dan harmoni serta mengelakkan daripada terjadinya perkara yang menggugat keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini,” katanya.

Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU mengakui, jawatan sebagai Perdana Menteri tidak lagi mempunyai sebarang kepentingan untuknya.

“Jawatan tidak penting bagi saya. Kata orang 'kun faya kun'. Kalau jadi, maka jadilah. Kalau tak jadi pun, tak mengapa. Yang lebih penting ialah saya buat pilihan ini demi untuk menyelamatkan negara. Menawarkan PN sebagai pilihan yang terbaik untuk anda semua.

 “We are offering PN as the best option for all Malaysians. Anda juga berhak untuk membuat pilihan yang terbaik bagi diri, keluarga dan negara. Laksanakanlah tanggungjawab anda sebagai pengundi dan buatlah pilihan dengan jiwa yang sedar,” katanya. – Getaran, 5 November 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang