web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRU-15: Calon Termuda 23 Tahun, Dr Mahathir Kekal Calon Paling Tua 97 Tahun

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2022 7:00AM

Dr Mahathir adalah calon tertua pada umur 97 tahun pada PRU kali ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Calon termuda yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) adalah Peggy Chaw Zhi Ting dan Muhammad Syahmi Suhaimi yang masing-masing berumur 23 tahun.

Sementara Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) Tun Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai calon paling tua yang bertanding pada pilihan raya kali ini pada usia 97 tahun.

Zhi Ting yang bertanding di Parlimen Tenom atas tiket Bebas akan berdepan persaingan lima penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH) Noorita Sual, calon Barisan Nasional (BN) Jamawi Jaafar, Ukim Buandi (WARISAN) dan seorang lagi calon Bebas Riduan Rubin.

Muhammad Syahmi pula mewakili PH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambun Tulang di Perlis menentang tiga lagi calon iaitu Datuk Ismail Kassim (BN), Wan Zikri Afthar Ishak (PN) dan Maton Din daripada PEJUANG yang merupakan parti komponen GTA.

Muhammad Syahmi Suhaimi
Muhammad Syahmi Suhaimi

Sementara itu, Dr Mahathir yang bertanding di Langkawi atas tiket Pejuang  mempertahankan kerusi itu untuk penggal kedua dalam persaingan lima penjuru melibatkan calon BN Datuk Amirshah Siraj, calon Perikatan Nasional (PN) Datuk Mohd Suhaimi Abdullah, Zabidi Yahya (PH) dan Datuk Abd Kadir Sainudin (Bebas).

Pada PRU-14, Perdana Menteri Keempat itu mencipta kejutan memenangi kerusi tersebut atas tiket PH dengan memperolehi 18,954 undi menewaskan penyandang daripada BN Nawawi Ahmad dan calon PAS Zubir Ahmad selepas kembali aktif dalam gelanggang politik setelah “menyepi” lebih 13 tahun.

Beliau yang menjadi Perdana Menteri Ketujuh selama 22 bulan selepas kemenangan PH pada PRU-14, sebelum itu menyandang kerusi Parlimen Kubang Pasu selama lima penggal sejak 1974 atas tiket BN sebelum melepaskan jawatan pada 2004.

Selain itu, veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah, 85, turut sebaris dengan Dr Mahathir apabila menjadi calon kedua tertua dalam pilihan raya kali ini sejak dinamakan pertama kali menjadi calon PRU pada 1974.

Bekas Menteri Kewangan dan pengasas Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) itu yang bertanding di Parlimen Gua Musang merupakan calon paling senior dipertaruhkan BN bagi mengekalkan kerusi tersebut.

Beliau pernah keluar daripada UMNO pada 1988 bagi memimpin Parti Semangat 46 (S46) dan mengekalkan kerusi Parlimen Gua Musang bersama S46 dalam PRU pada 1989.

Pada PRU15, Tengku Razaleigh berdepan saingan empat penjuru melibatkan calon PAS Datuk Mohd Azizi Abu Naim, Dr Samsu Adabi Mamat (Pejuang) dan Asharun Uji (PH).

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian pada 19 November dan pengundian awal pada 15 November. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

SPRM, Kerajaan Bantah Permohonan MUDA Rujuk Siasatan Hakim Nazlan Ke Mahkamah Persekutuan

2

Politik 10 bulan yang lalu

Syed Saddiq Lepas Jawatan Presiden MUDA, Mahu Fokus Bersihkan Nama

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Pre Wedding Photoshoot’ Ke? Penampilan Syed Saddiq Untuk Majalah Mewah Dipertikai 

4

Politik 1 tahun yang lalu

MUDA Tak Pernah Mohon Sertai PN – Amir Hadi 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 11 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 12 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad