web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Warlord UMNO Berjiwa Besar, Masih Setia Bersama Parti

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2022 7:00AM

Shahril hadir di Rumah Terbuka Deepavali DUN Durian Tunggal Alor Gajah - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Kesetiaan Tan Sri Annuar Musa serta Tan Sri Noh Omar, masing-masing penyandang kerusi Parlimen Ketereh dan Tanjong Karang  yang kekal bersama parti walaupun tidak terpilih sebagai calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) menerima penghargaan UMNO.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata, ia merupakan tindakan bersifat mulia yang perlu diterjemah sebagai contoh kepada pemimpin serta ahli akar umbi, khususnya generasi muda.

Menurut beliau, perkara itu membuktikan dua ‘warlord’ UMNO tersebut jelas berjiwa besar kerana masih setia bersama parti, walaupun ura-ura mendakwa keduanya akan bertanding menggunakan logo pihak lawan atau sebagai calon Bebas.

“Saya yakin rasanya ada kekecewaan dari segi peribadi dan individu namun apa yang kita lihat (tindakan Annuar dan Noh) mereka adalah orang parti. Saya sebagai Ketua Penerangan UMNO sebenarnya terpanggil untuk melahirkan rasa penghargaan.

“Saya harap satu hari nanti boleh mencontohi tindakan sebegitu yang meletakkan parti di hadapan berbanding cita cita peribadi dan individu.

“Ini dua giant (warlord UMNO). Bukan calang-calang orang, tidak disenaraikan sebagai calon namun mereka tetap setia kepada parti. Itu adalah suatu perkara yang harus dipuji,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui di Program Makan Malam Sempena Deepavali Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal, di sini, malam tadi.

Annuar dan Noh masih bersama BN walaupun tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) untuk mengekalkan kerusi masing-masing.

Noh sebelum ini dipetik sebagai berkata, beliau tidak akan bertanding dengan tiket parti yang berbeza, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai kesetiaannya.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Tanjong Karang selama enam penggal memberi jaminan akan terus membantu kempen BN untuk memastikan gabungan itu menang di Selangor.

Annuar pula mengakui telah menolak tawaran beberapa parti lain termasuk Perikatan Nasional (PN) yang ingin mencalonkannya di Parlimen Ketereh, kerana memilih untuk kekal bersama UMNO.

Dalam pada itu, ditanya tindakan Barisan Nasional (BN) mencalonkan ahli PAS pada PRU-15, Shahril berkata, perkara tersebut merupakan keputusan dan perancangan strategi yang dilaksanakan oleh kepimpinan tertinggi gabungan.

“Kita harap pengundi di kawasan terbabit akan pertimbangkan siapa calon terbaik dan pilih BN sebagai parti yang boleh membawa masa depan negara ke arah kestabilan dan kemakmuran,” katanya.

Mengulas perkara berbeza, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu berkata, pemimpin BN yang mengumumkan mahu bertanding Bebas atau menjadi calon bagi parti lain secara automatik akan gugur keahlian jika berbuat demikian.

“Memang automatik (gugur keahlian) berdasarkan peruntukan Perlembagaan disebabkan telah menjadi calon bagi parti lain.

“Lantaran itu tiada kontroversi kerana mereka pun dah tahu, buat (jadi calon parti lain) sahaja akan digugurkan.

“Perkara itu sudah semestinya diketahui oleh mereka,” katanya. - Getaran, 6 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

2

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

3

Politik 1 bulan yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

4

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan