web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Muhyiddin Tempelak Zahid, 'Saya Dipilih Demi Pastikan PM Bukan Kluster Mahkamah'

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Nov 2022 9:37PM

Menurut Muhyiddin Yassin, dirinya dipilih sebagai calon Perdana Menteri PN bagi memastikan pengundi membuka mata dan tidak memilih mereka yang tergolong sebagai kluster mahkamah atau banduan - Gambar oleh Aiman Sadiq

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT - Dakwaan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa keputusan mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri hanyalah mimpi di siang hari, disifatkan sebagai amat tidak berasas.

Muhyiddin selaku Pengerusi PN berkata, ketetapan dibuat gabungan itu adalah supaya rakyat jelas dengan ketetapan untuk menyokong calon Perdana Menteri yang berintegriti dan bebas daripada rasuah. 

Menurut beliau, dirinya dipilih sebagai calon Perdana Menteri PN bagi memastikan pengundi membuka mata dan tidak memilih mereka yang tergolong sebagai kluster mahkamah atau banduan.

“Tak mimpi siang, tak mimpi malam, tetapi kita realistik, bukan cakap omong kosong. Ada asas dan ini keputusan yang dibuat oleh pimpinan PN untuk menamakan siapa bakal Perdana Menteri. Ini nak membentuk kerajaan, rakyat nak tahu, kalau bakal Perdana Menteri terdiri daripada kluster mahkamah.

“Adakah rakyat nak bekas banduan ataupun dia fikir Abah bagus. Ini bukan soal mimpi siang hari, ini siang-siang waktu PRU (pilihan raya umum). Rakyat nak tahu jelas, telus, jangan menyorok di belakang,” katanya kepada media selepas menghadiri sesi ramah mesra bersama penduduk di Parit Raja, di sini hari ini. 

Muhyiddin Yassin selepas menghadiri sesi ramah mesra bersama penduduk di Parit Raja, Batu Pahat
Muhyiddin Yassin selepas menghadiri sesi ramah mesra bersama penduduk di Parit Raja, Batu Pahat

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin berkata, sokongan kepada PN semakin meningkat termasuk dari kalangan Melayu dan bukan Melayu selepas gabungan itu melancarkan manifesto.

“Kita tidak boleh terlalu selesa, tetapi data-data menunjukkan bahawa sudah ada peningkatan yang agak memberangsangkan.

"Kita akan teruskan usaha (dan) jelaskan apakah tawaran kita buat untuk negara, apa pengalaman saya khususnya menguruskan negara ketika zaman susah yang berkaitan COVID-19 serta pemulihan ekonomi,” katanya,

Beliau yang juga calon PN bagi Parlimen Pagoh mengingatkan semua pihak supaya tidak merendahkan keupayaan gabungan itu dalam menguruskan pemulihan ekonomi.

"Ini saya nak sebutkan, tak boleh hanya bagi kredit kepada Perdana Menteri baru ini (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) sahaja. Peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berlaku selepas pelbagai langkah kita ambil waktu zaman susah dan buka (ekonomi) dalam tempoh sesuai supaya ekonomi kita pulih.

"Jadi jangan kata kredit mesti diberikan kepada BN. Sebahagian besar menteri adalah daripada PN dan mereka juga menyumbang. Itu satu petanda bahawa kita mampu dan berupaya untuk menguruskan ekonomi negara," katanya. - Getaran, 11 November 2022

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 1 minggu yang lalu

Ekspo Produk E-Dagang Terpilih Malaysia Bakal Pamerkan 200 Jenama Terkemuka Dari China

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Projek Perumahan Baharu Perlu Ada Blok Rumah MADANI - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan