web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perintah 60 Tahun Tapi Apa Pembangunan Dilakukan? BN Yang Gagal, Bukan PH

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2022 7:07AM

Syed Saddiq - Gambar oleh Aiman Sadiq

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Dakwaan bahawa Pakatan Harapan (PH) adalah kerajaan yang gagal sepanjang 22 bulan memerintah disifatkan sebagai amat tidak munasabah.

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, Barisan Nasional (BN) perlu bertanya kepada diri sendiri, berapa lama mereka mentadbir kerajaan Persekutuan berbanding PH yang baharu mengambil alih pusat pentadbiran Putrajaya pada 2018.

Gambar oleh Aiman Sadiq
Gambar oleh Aiman Sadiq

Menurut beliau, dalam tempoh tidak sampai dua tahun mengurus pusat pentadbiran Persekutuan, tidak logik untuk BN menjaja isu kononnya kerajaan PH gagal melaksanakan manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

"Saya tahu kempen UMNO dan Barisan Nasional (BN) kata, apa kamu (PH) buat selama 22 bulan ketika menjadi kerajaan. Tak boleh buat itu, tak mampu lakukan ini. 

"Mereka kata PH tak boleh buat 22 bulan (tapi) apa yang mereka (BN) buat 60 tahun? Mereka hiprokit. Kita menang 22 bulan dan diambil jelajah (Langkah Sheraton) 2020. Dia punya 33 bulan lebih lama dari kita tapi kita beri peluang kepada mereka," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Harapan di Bilik Gerakan Bakri di Taman Indah Sungai Abong, di sini, malam tadi. 

Jelas Syed Saddiq, UMNO dan BN akan melakukan apa sahaja dalam keadaan terdesak, walaupun perlu menabur fitnah bagi memburuk-burukkan kepimpinan PH.

Jelas beliau, Selangor dan Pulau Pinang ketika diambil alih PH pada 2008 mempunyai pelbagai permasalahan ketika dua tahun pertama, namun ia semakin berkembang sehingga berjaya memacu ekonomi di kedua negeri tersebut. 

Gambar oleh Aiman Sadiq
Gambar oleh Aiman Sadiq

"Macam Selangor dan Pulau Pinang (ketika) diambil pertama kali. Dua tahun pertama memang bergolak sebab masih dalam proses belajar. Banyak perlu kita lakukan namun kita semua boleh lihat dan nampak perubahan yang dilakukan. 

"Kali ini tiada lagi setahun mahupun dua tahun (PH tadbir kerajaan). Jika kita menang pada 19 November dan mentabir kerajaan, orang ramai akan dapat melihat perubahan benar daripada kami untuk betulkan negara kerana mempunyai pasukan yang terbaik dan berpengalaman," katanya. 

Syed Saddiq berkata, pihaknya mahu memfokus kepada isu kelemahan sistem pendidikan negara sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). 

Menurut calon PH Parlimen Muar itu, kelemahan sistem berkenaan yang jauh ketinggalan di belakang negara lain perlu dipandang serius dan wajib diberi tumpuan sepenuhnya oleh semua parti politik. 

"Di mana anak-anak Menteri belajar? Mereka tidak belajar di sekolah kebangsaan tetapi dihantar ke tadika di Perancis, dimasukkan ke sekolah berasrama penuh di United Kingdom dan kalau di Malaysia, hantar di sekolah swasta serta antarabangsa.

"Jika mereka pun tak percaya dengan pendidikan di Malaysia, sistem ini perlu diubah agar generasi di masa hadapan mampu mengecapi pendidikan yang lebih berkualiti," katanya.

Pada PRU-14, PH berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah apabila meraih 113 kerusi yang disumbangkan menerusi gabungan PKR, BERSATU, DAP dan AMANAH.

Namun pentadbiran PH hanya mampu bertahan selama 22 bulan sebelum digantikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dibentuk selepas Langkah Sheraton pada Februari 2020. - Getaran, 13 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

3

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan