web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PRU-15: Tinjauan Meramalkan Parlimen Tergantung

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2022 8:41PM

Tinjauan yang dijalankan oleh Endeavor-MGC mendapati PRU-15 bakal menyaksikan Parlimen tergantung tanpa mana-mana parti politik meraih kemenangan tunggal. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bakal menyaksikan Parlimen tergantung tanpa mana-mana parti politik meraih kemenangan tunggal 112 daripada 222 kerusi untuk membentuk kerajaan sendiri, menurut tinjauan Pusat Penyelidikan Endeavor-MGC

Justeru, tinjauan berkenaan memaklumkan, berdasarkan situasi itu, Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Perikatan Nasional (PN) berkemungkinan menjalin kerjasama politik, tetapi bukan dengan Pakatan Harapan (PH).

“Jika ia berlaku, trio ini berkemungkinan besar akan memperoleh kerusi lebih 112 yang diperlukan dan membentuk kerajaan Malaysia seterusnya,” katanya menerusi laporan.

Endeavor-MGC berkata, tinjauan membabitkan 1,068 pengundi dari semua kawasan Parlimen di Semenanjung itu, dijalankan antara 7 dan 15 November.

Berdasarkan tinjauan itu, BN, GPS dan PN berkemungkinan menjalin kerjasama politik, tetapi bukan dengan PH. - Gambar oleh Syeda Imran
Berdasarkan tinjauan itu, BN, GPS dan PN berkemungkinan menjalin kerjasama politik, tetapi bukan dengan PH. - Gambar oleh Syeda Imran

Mengulas mengenai hasil tinjauan bahawa tiada gabungan tunggal akan memenangi majoriti mudah itu, Endeavor-MGC berkata, ia menggunakan dapatan tinjauan responden yang mengatakan mereka pasti akan keluar mengundi dan memaklumkan gabungan pilihan mereka. Undi popular setiap gabungan parti diperoleh dan diterjemahkan menerusi kerusi Parlimen yang dimenangi dengan menggunakan data sejarah.

Berdasarkan penemuan itu, PH dijangka memenangi antara 55 dan 70 kerusi daripada keseluruhan 165 kawasan Parlimen di Semenanjung.

Pengundi meramalkan BN akan mendapat antara 52 dan 65 kerusi, manakala PN berkemungkinan memperoleh 30 serta 58.

Ia turut meramalkan bahawa sekiranya GPS memenangi 27 daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak, manakala Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang berhaluan PN memenangi 12, BN dan PH masing-masing menang enam serta dua, selain Parti Warisan (WARISAN) menyapu bersih selebihnya, ‘tiada gabungan rasmi (akan mendapat) 112 kerusi’.

“Jumlah kerusi terakhir diperoleh setiap gabungan politik, bagaimanapun bergantung kepada calon berprofil tinggi yang bertanding di kerusi tertentu.

“Pertandingan ini berbeza dengan trend keutamaan pengundi nasional dan mampu menukar kerusi selesa kepada marginal, contohnya Tambun, Bagan Datuk, Sungai Buloh, Muar, Langkawi dan sebagainya,” kata pengundi itu.

Tinjauan Endeavor-MGC itu melibatkan 1,068 pengundi dari semua kawasan Parlimen di Semenanjung dan dijalankan antara 7 hingga 15 November. - Gambar oleh Syeda Imran
Tinjauan Endeavor-MGC itu melibatkan 1,068 pengundi dari semua kawasan Parlimen di Semenanjung dan dijalankan antara 7 hingga 15 November. - Gambar oleh Syeda Imran

Menerusi kajian sama, responden mempunyai ramalan mereka sendiri, bagaimanapun 36 peratus mengatakan mereka merasakan BN akan menerajui kerajaan baharu selepas PRU-15, manakala 30 peratus berpendapat PH bakal menerajui pentadbiran.

Sebanyak 26 peratus berpandangan PN akan memenangi PRU-15.

Berhubung data mengenai undi popular dan bahagian kerusi Parlimen, pengundi menyatakan bahawa pada PRU-14, bagi Semenanjung, PH yang turut disertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) ketika itu, memenangi 49 peratus undi popular dan 98 kerusi, manakala BN hanya menang 32 peratus untuk mendapat 49 kerusi dengan tiada sekutu PN.

Pada 2013, PKR yang dikenali Pakatan Rakyat pada waktu itu, memenangi 36 peratus undi popular dan 59 kerusi Parlimen, tidak termasuk undi dimenangi PAS, manakala BN memenangi 45 peratus undi popular dan 86 kerusi. - The Vibes, 16 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 1 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 1 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 1 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Miza Ozawa Dipenjara 2 Bulan

oleh Wartawan Getaran

Sukan 45 minit yang lalu

MFL Denda Selangor FC: Sultan Sharafuddin Murka

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 1 hari yang lalu

‘Nak Serang Saya? Silakan, Tapi Jangan Sentuh MOTAC’ - King Sing

oleh Sophia Ahmad

Sukan 22 jam yang lalu

Selangor FC Didenda RM100,000, Potong 3 Mata Kerana 'Tarik Diri' Perlawanan Sumbangsih