web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRU-15: Himpunan BERSIH ‘Gagal Meriah’ Kerana Ahli PAS Patuh Larangan

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2022 7:00AM

Abdul Hadi Awang - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan perhimpunan BERSIH gagal mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai, khususnya Melayu selepas parti itu menarik sokongan daripada menjadi parti komponen Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, langkah dilakukan PAS itu terbukti tepat bagi membuka mata gabungan tersebut, agar tidak merendahkan martabat syariah Islam dan mempertikaikan hak keistimewaan Melayu.

Menurutnya, PAS sedar DAP hanya merealisasikan impian ‘Malaysian Malaysia’ dan hak sama rata diberikan kepada seluruh rakyat, seperti dilaksanakan serpihan parti itu di Singapura, iaitu Parti Tindakan Rakyat (PAP).

“Dalam PR kita melaungkan reformasi dan berarak, bertempur dengan polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) tapi saya fikir masak-masak, ini ada sesuatu di belakang.

“Jadi, saya arahkan ahli PAS jangan ikut dan melarang pergi berdemonstrasi, (bila kita halang) gagal, rupanya (sebelum ini) orang parti kita yang rajin berarak.

“Jadi PAS ubah pendekatan disebabkan wujud usaha nak campur tangan Muktamar PAS dan (pemimpin dalang) kini di atas nama (parti) AMANAH yang menjadi pengkhianat parti kita kerana bergabung (dan membentuk Pakatan Harapan),” katanya ketika berucap di Ceramah Mega PN Best di sini, malam tadi.

Hadir sama, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Justeru, Abdul Hadi menegaskan, mantan Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bertindak menyingkirkan Singapura disebabkan desakan Lee Kuan Yew yang mem­belakangkan segala keputusan dengan kerajaan Pusat.

Beliau berkata, sewajarnya rakyat tidak memilih PH pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) agar kebajikan Melayu, tidak terabai seperti dirasai apabila gabungan itu mentadbir Malaysia sebelum ini.

“Ini (PH) kerajaan bahaya, tidak boleh terima dan kami tolak. Terbukti bila menang PRU-14, abu mayat Chin Peng, mantan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) dibawa pulang ke negara (ini) dan boleh buat upacara penghormatan di Kajang.

“Kita tak boleh terima ajaran perjuangan ini. Kita tahu ada pemimpin dalam DAP tidak percaya agama dan Tuhan. Sebab itu kamu (DAP) tuduh kami taliban, dalam kamu ada komunis,” katanya. - Getaran, 17 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Kerajaan Sentiasa Terbuka Terima Pandangan BERSIH - PM

4

Politik 7 bulan yang lalu

PAS Harus Terima Kenyataan, Pembatalan 16 Peruntukan EJSK Bukti Kelemahan DUN Kelantan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan