web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


#PRU15: Larry Syukur Walau PBM Hanya Menang 1 Kerusi

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2022 4:09AM

Larry Sng - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cubaan pertama kali Parti Bangsa Malaysia (PBM) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali ini, mampu meraih satu kerusi.

Daripada lima kerusi ditandingi, Parlimen Julau dimenangi presiden parti itu, Datuk Larry Sng.

Justeru, beliau menyatakan kesyukuran apabila partinya meraih pencapaian itu. 

“Pertama sekali ini merupakan pilihan raya intensif bagi saya menentang kekuatan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan semua jentera mereka. Berita baik ialah kami berjaya. 

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga, penyokong, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan penjawat awam yang bekerja keras bagi memastikan PRU-15 ini selamat dan adil untuk calon serta penyokong kita. 

“Saya akan berkhidmat lima tahun lagi dengan dedikasi dan komitmen penuh kepada rakyat Julau. Hari ini sejarah tercipta dan saya bangga dapat berkhidmat,” katanya menerusi kenyataan media.

Keputusan tidak rasmi menyaksikan Larry dan calon GPS, Joseph Salang Gandum bersaing sengit bagi merebut kerusi Parlimen Julau setakat pukul 8.04 malam tadi.

Larry memperolehi 3,887 undi, hanya 283 undi mendahului Joseph yang menerima 3,604 undi.

Kerusi itu sebelum ini disandang Larry dengan majoriti 1,931 undi - Getaran, 20 November 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 44 minit yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 50 minit yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 6 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula