web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Persembahan Terburuk BN, MCA Tak Percaya Zahid Lagi - Sin Woon

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2022 6:07PM

Menurut Chong Sin Woon, persembahan buruk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah petanda bahawa gabungan itu memerlukan perubahan hala tuju yang pragmatik dan agresif - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kecewa dengan persembahan buruk Barisan Nasional (BN), MCA selaku antara komponen gabungan tersebut mengisytiharkan telah hilang rasa percaya terhadap kepimpinan Pengerusi, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata, Presiden UMNO harus meletak jawatan secara terhormat untuk memberi laluan kepada pemimpin baharu.

Menurut beliau, persembahan buruk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah petanda bahawa gabungan itu memerlukan perubahan hala tuju yang pragmatik dan agresif.

“MCA ingin menyatakan pendirian bahawa kami telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Zahid dan beliau sebagai Pengerusi BN harus meletak jawatan.

“Pada masa yang sama, MCA berpendapat bahawa Pemangku Pengerusi BN perlu memanggil Mesyuarat Dewan Tertinggi dengan kadar segera,” katanya hari ini.

Sin Woon berkata, MCA juga terkejut dan kecewa atas keputusan mantan Timbalan Perdana Menter itu menangguhkan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional yang dijadualkan malam ini. 

“Pada masa keadaan politik negara masih tidak stabil dan tidak menentu selepas PRU-15 semalam, keperluan Mesyuarat Dewan Tertinggi adalah amat terdesak untuk membincangkan situasi politik terkini dan membuat keputusan BN sebagai satu blok.

“MCA mengambil pendirian tegas bahawa tiada pihak berhak mewakili BN untuk berunding dengan mana-mana parti politik tanpa mandat diberi Dewan Tertinggi BN,” katanya.

Dalam keputusan rasmi awal pagi tadi, BN hanya memperoleh 30 berusi, berbanding PH (82) dan PN (73).

Ia merupakan persembahan terburuk gabungan berkenaan setakat ini. - Getaran, 20 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

TPM Ziarah Jenazah Rozaid Abdul Rahman

2

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

3

Politik 2 bulan yang lalu

‘Tak Mungkin Ada Kerjasama Antara PAS Dan UMNO’ - Ahmad Zahid

4

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini